Thursday, 13 September 2012

SANTAI D' PANTAI CINTA BERAHI




Hari minggu adalah hari untuk kita beristirehat bersama keluarga.Tidak kira di rumah mahupun di luar rumah  sama ada pergi berkelah,bersiar-siar,membeli-belah,balik kampung,melawat orang sakit dan sebagainya.Kesempatan hari minggu yang ada pasti akan digunakan oleh kita sebaik mungkin terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga seperti Awang.Kepada mereka yang masih bujang,ada yang mengambil kesempatan ini untuk berjumpa kawan manakala yang telah mempunyai teman istimewa,sudah pasti akan mengunakanya untuk keluar “Dating”kan???


Hari minggu kita semua tidak sama.Ada yang hari minggunya pada hari Jumaat dan ada yang hari minggunya pada hari Ahad. Kepada mereka yang cutinya jatuh pada hari selain hari Jumaat dan Ahad seperti Awang pada hari Isnin,boleh dikatakan yang hari minggu Awang adalah hari Isninkan?Begitulah juga mereka yang sewaktu dengannya.


Pada hari isnin yang lalu iaitu 10 September2012,Awang berkesempatan mengungjungi Ekspo@Fun Fair Pantai Cahaya Bulan(PCB)  buat Julung kalinya diadakan diadakan di Persisiran Pantai Cahaya Bulan(PCB),Kota Bharu,Kelantan.Ekspo yang telah bermula pada 20 Ogos (Aidilfitri Kedua 2012) dijangka menamatkan operasinya pada  15 September 2012 iaitu 25 hari diadakan.



Pada ekspo julung kalinya ini menawarkan 3 permainan sahaja kepada pengunjung yang hadir iaitu Buaian berpusing,Kereta Api Rumah Hantu dan Kuda Buaian.Ini kerana ruang yang terhad di persisiran Pantai PCB tidak mengizinkan lebih banyak permainan disajikan kepada pengungjung.Walaubagaimanapun,gerai jualan yang ada sedikit sebanyak memeriahkan ekspo kali ini.


Untuk setiap permainan,Sebanyak RM3 dikenakan keatas setiap pengunjung.


Kepada mereka yang berada di sekitar Bandaraya Kota Bharu amnya dan Pantai Cahaya Bulan khasnya,jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ekspo akan melabuhkan tirainya 3 hari sahaja lagi.Kepada adik-adik yang sudahpun  menamatkan perang  Ujian Penilaian  Sekolah Rendah (UPSR) hari ini bolehlah mengajak ibu bapa anda untuk  bergembira tanda kemenangan menamatkan perang.Manakala Pelajar-pelajar tingkatan 5 yang baru sahaja selesai menduduki kertas Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hari ini juga boleh mengambil kesempatan ini untuk melepaskan geram seketika sebelum ujian sebenarnya  pada 5 November hingga 6 Disember 2012 nanti.Hehehe….

No comments:

Post a Comment