Monday 16 June 2014

MINI GIVEAWAY CASH RM150 MRJOCKO



HADIAH LUMAYAN...
RM50 X 3 ORANG PEMENANG

Jom ramai-ramai kita join MINI GIVEAWAY CASH RM150 MRJOCKO...
Abe Awang Sulung Mulut Manis pun berminat dengan Giveaway ini dan ingin mencuba nasib.. Mana tahu ade rezeki Abe Awang...Rezeki Anak-anak..dapat menang...InsyaAllah...

SYARAT PENYERTAAN
1. Buat entry pendek bertajuk Giveaway Cash RM150 MrJocko
2 .Follow Blog : MrJocko.com
3. Like Fanpage : https://www.facebook.com/GlamorousMrJocko
4. Follow Instagram : @MrJocko
5. Follow Twitter : @MrJocko
6. Follow G+ : +Rosmadi Shakri

TEMPOH PENYERTAAN
16 Jun 2014 Isnin dan akan berakhir sehingga 22 Jun 2014

KEPUTUSAN GIVEAWAY
 
Pemenang akan di pilih oleh Team Blooggers dan akan diumumkan di Blog MrJocko.com dan Booggers.com pada 23 Jun 2014 jam 12.00 pm


TUNGGU APA LAGI??????
JOM SEGERA KE BLOG MR JOCKO
http://www.mrjocko.com/2014/06/mini-giveaway-cash-rm150-mrjocko.html
 

Friday 25 October 2013

JOM BERIKLAN BERSAMA LETAK.MY



Letak.My???
Apa itu Letak.My?Mesti anda semua tertanya-tanya akan apa itu Letak.My?Letak.My merupakan alternative baru kepada pengguna di Malaysia untuk mengiklankan barangan,produk,perkhidmatan,hartanah,jawatan kosong dan pelbagai lagi yang terlintas difikiran anda.Asalkan anda fikirkan ia releven dan tercapai akalmu...



Berbekal moto "Best Online Advertising In Malaysia " atau   "Pengiklanan Dalam Talian Yang Terbaik Di Malaysia"sememangnya Letak.My adalah pilihan terbaik kita semua.Apa yang paling penting Kos Pengiklanannya antara yang termurah di Malaysia.Sekiranya anda mendaftar  sekarang di www.letak.my  sehingga 31 Disember 2014,anda tidak akan dikenakan sebarang caj kerana ia sememangya PERCUMA.Kuasa memilih di tangan anda,JANGAN lepaskan peluang keemasan ini!!!




Wednesday 5 June 2013

NOSTALGIA MENGUNDI DI SEKOLAH LAMA.




Hari ini genap sebulan PRU13.Erm,sekejap jer masa berlalukan?Tup…tup..PRU14 pula kan?Hehehe…Sebagaimana PRU12,PRU13 juga Awang sekali lagi menjejakkan kaki ke sekolah lama Awang iaitu Sekolah Kebangsaan Kampong Sireh.Dalam sedar tak sedar sudah 18 tahun Awang meninggalkan sekolah yang mula-mula mengajar Awang tentang huruf a,b,c dan 1,2,3.



Ibarat “Sireh pulang ke gagang”,Awang juga berkesempatan melawat tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan suka-duka semasa Awang bersekolah di sini.Antaranya:-
Tapak Perhimpunan



Perpustakaan

Padang Bola Sepak

Gelanggang Bola Keranjang dan Bola Tampar

Gelanggang Sepak Takraw dan Badminton

Dewan Peperiksaan dan Persembahan

Tempat rehat dan simpanan beg untuk pertukaran sesi pagi dan petang persekolahan

Tempat Permainan Berambat Tiang


Kehadiran Awang pada kali ini juga cukup bertuah kerana Awang berkesempatan bertemu beberapa orang kawan lama Awang seperti Mohd Kamaruddin Bin Syed Alwi,



Nurul Izzati dan Cikgu Matematik Awang iaitu Cikgu Manan.




Sesungguhnya,kenangan lalu tidak dapat dikembalikan dan Awang cukup bertuah kerana semasa berada di darjah enam pada tahun 1995,Awang sempat membeli beberapa keping gambar dari kawan-kawan Awang untuk dijadikan kenangan.

Berdiri dari kiri : Izat,Kamaruddin dan Muzzamil.Duduk dari kiri:Irwan dan ASMM



 Walaupun terpaksa mengikat perut demi membeli beberapa keping gambar pada hari itu,hari ini Awang mampu tersenyum lebar  kerana nilai sekeping gambar pada hari lebih bernilai daripada nilai duit pada hari ini.

Kenangan bersama guru kelas Awang


 
Kenangan bersama guru Matematik ASMM

Sememangnya Awang tidak mampu kembali  kepada masa yang lepas tetapi dengan sekeping gambar,Awang mampu mengibau kenangan silam Awang di zaman awal persekolahan Awang .


Thursday 16 May 2013

16 MEI 2013 : SELAMAT HARI GURU | 1ASPIRASI, 1AGENDA




Pejam-celik,pejam-celik,tanpa disedari engkau datang lagi wahai 16 Mei.Bagi seorang murid atau pelajar,tarikh ini amat ditunggu-tunggu kerana ia cukup istimewa buat kami sebagai murid,pelajar mahupun warga pendidik.Pada hari inilah kami akan meraikan guru kami sama ada diadakan jamuan mahupun diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka yang telah banyak berkorban ibarat “ Sebatang lilin membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain”.

Sweet Memory 1995


Sweet Memory 2000


Sweet Memory 2002

Pada tahun ini,sambutan hari guru disambut buat kali yang ke-42 dengan tema 1 Aspirasi 1 Agenda.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


Terima kasih Guru yang tidak terhingga Awang ucapkan kerana sanggup mengabdikan diri dalam melahirkan kami sebagai generasi yang berilmu.Kepada guru-guru Awang yang telah mengajar Awang di SK.Kg.Sireh,SMK.Putera,SMK.Kota Bharu dan Institut Padang Merdeka,hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa guru-guru kalian.

Terima Kasih Guru…

Wednesday 3 April 2013

AKHIRNYA ENGKAU TIBA JUA WAHAI PRU13...





Salam Hi-5 kepada semua Awang ucapkan.Taniah diucapkan kepada Pahlawan Merah atas kemenangan bergaya 5-0 menewaskan SHB DA NANG ( Vietnam ) dalam perlawanan peringkat kumpulan di antara Kelab Juara-juara Asia malam tadi.Perasaan gembira tak dapat Awang sembunyikan di atas kecemerlangan pasukan kesayangan semua rakyat Kelantan iaitu The Red Warrior’s.



Hari ini,satu lagi berita gembira bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.Beritanya adalah Pembubaran Parlimen Malaysia kali ke-12 bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU13 ).Setelah hampir 5 tahun menunggu,akhirnya engkau kunjung jua wahai PRU13.Tarikh 3 April 2013 menjadi saksi kepada Pembubaran Parlimen Malaysia ke-12.

 

Bagi Awang,tak sabar rasanya untuk merasai debaran PRU13 yang dijangka menjadi pilihanraya paling sengit di abad ini di negara kita.Kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi,Selamat Menunaikan Kewajipan anda sebagai Pengundi bagi menentukan kerajaan mana yang layak memerintah Negara kita.





Selamat menunaikan kewajipan kita semua sebagai pengundi Awang ucapkan.Ingat!!!Setiap undi anda amat bermakna dan yang paling penting adalah Undi anda adalah RAHSIA!!!

Sumber gambar : Suara Generasi Baru & Emwaikei Artnet Studio.


Wednesday 13 March 2013

Tips Rahsia Bisnes Orang Cina

Jika kita perhatikan satu-persatu rahsia orang Cina hebat dalam bisnes ternyata ia hebat. Tapi jangan lupa, setiap tips yang tertera berikut telah digunakan oleh orang Kelantan sejak dulu lagi.

Lihatlah anak Kelantan diseluruh pelusuk Malaysia, mampu membina empayar perniagaan besar walaupun berhijrah sehelai sepinggan dalam mencari sesuap rezeki. Kini , hampir diseluruh negeri ada orang Kelantan yang menjalankan perniagaan yang kadangkala membuatkan kita kagum dan bangga atas kejayaan mereka.

Orang Melayu Kelantan terajui dunia perniagaan Malaysia. Untuk menjadi seperti mereka, buang sifat dengki sesama pesaing niaga anda kerana sifat ini hampir tiada bagi orang Kelantan. Itulah mereka mampu survival di tempat orang.


Jom kita selami Tips Rahsia Bisnes Orang Cina...




  Sumber : Pok Dogo Untuk I Love Kelantan.

Lima Puluh Perkara Penting Drp Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim)


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
 
 
 

Sumber : Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim