Friday, 28 September 2012

SEMOGA ADA SINAR CAHAYA DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013







Hari ini merupakan hari pembentangan bajet 2013 oleh PM kita.Sudah tentu seluruh rakyat Malaysia akan terpacak di hadapan Televisyen sesudah solat Jumaat dan solat Zohor.Ini kerana semua rakyat negara kita tidak sabar lagi untuk mendengar pengumuman Bajet 2013 tepat jam 3.00 Petang ini.Bagi mereka yang bekerja,sudah tentu mereka akan mengikuti pembentangan Bajet 2013 di tempat kerja mereka.Bagi Awang pula,Awang akan mengukiti pembentangan Bajet 2013 melalui internet dan Tv Online.


Dalam banyak - banyak pembentangan Bajet,Pembentangan Bajet 2013 cukup mendebarkan bagi Awang kerana dalam Pembentangan Bajet kali ini menentukan untung-rugi nasib Awang sebagai Pekerja kontrak Kerajaan.Apa yang Awang harapkan pada pembentangan Bajet kali adalah "Semoga ada sinar cahaya dalam Bajet 2013" iaitu semoga Nasib 45,000 pekerja kontrak seperti Awang yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini dibela.Dan lagi elok jika jawatan kami diserap kepada jawatan tetap. InsyaAllah!!!


Sekiranya Bajet 2013 hari ini tidak memihak kepada kami dan seluruh rakyat Malaysia,kami terima seadanya kerana semua ketentuan ini datang daripada Allah SWT.Kita hanya merancang tetapi Maha Esa yang menentukannya.



Jom kita ikuti apa yang Papa Presiden Cuepacs,  Datuk Omar Osman tuntut dalam Bajet 2013.





Cuepacs Harap Kerajaan Pertimbang 6 Tuntutan Dalam Bajet 2013 | Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 dijangka akan diumumkan pada 28 September 2012 ini. Kerajaan dijangka akan mengumumkan beberapa berita penting dalam belanjawan negara pada tahun depan. Selain itu, Cuepacs juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan 6 tuntutan kongres berkenaan demi kebaikan penjawat awam.

Menurut Presiden Cuepacs,  Datuk Omar Osman pihaknya telah mengeluarkan senarai enam permintaan utama untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2013. Pihaknya juga berharap kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan itu. Kongres berkenaan akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan dipenuhi.

Enam (6) tuntutan skim baru yang diumumkan termasuklah:
  1. Perumahan mampu milik di kawasan bandar.
  2. Peningkatan elaun sewa.
  3. Bonus tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diperolehi.
  4. Nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini.
  5. Penambahbaikan SSM setelah pembatalan SBPA
  6. Mengadakan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pusat.
Beliau berkata permintaan ini bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 dan telah mencapai peringkat kritikal.

“Perumahan mampu milik di bandar bagi penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan akan memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka untuk membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,” katanya dalam akhbar mStar Online.

Beliau juga menambah bahawa elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu ditambah untuk mencerminkan kadar pasaran sekarang. Beliau berkata Kerajaan mesti menangani nasib beberapa 45,000 kakitangan kontrak yang mana tempoh mereka akan tamat pada 31 Disember.

“Kebanyakan mereka berusia antara 40 dan 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan untuk dibayar. Kami berharap Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan kontrak atau meletakkan mereka pada skim pencen atau skim kumpulan wang simpanan,” katanya.

Sebagai tanda komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Kongres Cuepacs bulan depan untuk mendapatkan persetujuan penjawat awam untuk tambahan 30 minit kerja setiap hari. Jika bersetuju dengan cadangan itu, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha kepada Kerajaan untuk mengeluarkan pekeliling bagi tujuan itu. Beliau berkata wakil jawatankuasa Cuepacs ‘persekutuan dan negeri telah berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri dan timbalannya untuk terus membincangkan perkara ini.

Sumber : ammboi.com

No comments:

Post a Comment