Pertama kali
Awang berkunjung ke Kedai Nasi Ulam Cikgu di hadapan Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM)Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan 11 tahun lepas ketika menjaga arwah ibu Awang mendapatkan
rawatan Barah di HUSM sudah dapat Awang rasai keistimewaannya.Mana tidaknya,Awang terpaksa
beratur panjang untuk mendapatkan menu yang diinginkan.Manakala segala jenis
ulam dapat Awang dapatkan di sini di samping sos budu istimewa yang di masak khas
untuk tetamu.
Hari ini Awang
sekali lagi menjejakkan kaki di kedai nasi ulam cikgu tetapi bukan di hadapan HUSM
tetapi di kedai cawangannya iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung
Kraftangan,sebelah Istana Balai Besar dan berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah.Atas ajakan kawanku Fakrullah,akhirnya kami memilih untuk menjamu selera di sini."Ibarat sirih
pulang ke ganggang",itulah perumpamaan yang boleh Awang simpulkan.Setelah 11 tahun
tidak menjamu selera di kedai nasi ulam cikgu,kini Awang kembali lagi.
Restoran
Nasi Ulam Cikgu juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.Jika dulu,Kedai
Nasi Ulam Cikgu seperti kedai kopi biasa,tetapi kini berubah wajah seperti
Restoran eklusif yang tumbuh bak cendawan hari ini.Di sini juga terdapat ruang
makan yang berhawa dingin.
Kepada pengungjung yang pertama kali menjejakkan kaki di sini,usahlah kuatir dengan harganya kerana harga yang dikenakan di sini tersangatlah murah walaupun anda datang berkumpulan mahupun berkeluarga.
Pada kunjungan Awang dan kawan-kawan pada hari ini,kami sebulat suara mengambil makan untuk satu kumpulan dengan mengambil 5 pinggan nasi kosong,2 ketul ayam saiz nasi kukus,5 ekor ikan selayang saiz besar,Ulam-ulaman,Sos budu feat tempoyak,kuah gulai ikan patin dan sejug besar air bandung feat biji selasih.Harga yang dikenakan ke atas kami hanya RM28@RM 5.60 tiap seorang.Murahkan?
No comments:
Post a Comment