Erm,rasa pernah dengar jer tajuk nie tapi di mana yer?hehehe…Sebenarnya dah lama Awang plan nak post tajuk ini dalam Blog Awang tapi Tv3 potong line Awang plak!!!Huhuhu…Xpelah.Sekiranya ada persamaan,itu tiada kaitan di antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Gambar Pada Tahun 1995 : Abdul Malek ( Yang Tengah ) & Abdul Anuar ( Yang Bongsu ) |
Kawan untuk kita bergembira memang berlambak – lambak kat
dunia ini tetapi Kawan Sejati sukar dicarikan?Kawan di mana susah senang bersama.
Kepada mereka yang mempunyai kawan sejati,bertuahlah mereka.Jika
mereka mempunyai kawan yang bergembira bersama tetapi semasa berduka lari 100
meter meninggalkan kita.Erm,malanglah mereka yang mempunyai kawan seperti
itu.Tambah – tambah” kawan makan kawan” .Dan lebih parah lagi kawan yang
menjadi ” musuh dalam selimut”.
Gambar Pada Tahun 1995 : Abdul Farouk ( Yang Sulung ) |
Bagi Awang,Awang mempunyai dua orang kawan sejati.Kawan yang susah
– senang bersama dan boleh diharapkan.Kami bertiga boleh dianggap seperti adik
beradik dah.3 Abdul lagi.Yang sulung Abdul Farouk,yang tengah Abdul
Anuar dan awang Abdul Malek.Hehehe…Kami sejak lahir hingga ke hari ini
masih lagi tinggal sekampung iaitu di Kampung Tebing Tinggi off lorong
Minyak Gas.Area Kampung Sireh.
Gambar Pada Tahun 1998 : Lata Tembakah |
Kami bertiga cukup bertuah kerana lahir dalam bulan yang sama iaitu bulan Julai , tahun yang sama iaitu tahun 1983 dan juga hospital yang sama iaitu Hospital Besar Kota Bharu (Dahulu).Kini bernama Hospital Raja Perempuan Zainab II..Cuma hari jer yang berbeza iaitu Farouk 13 hb, Awang 26 hb dan Anuar 31 hb.Malah kalau hendak tahu,kami sudah berkawan semenjak di dalam kandungan emak – amak kita orang tau.Hohoho…
Kenangan Rumah Lama Awang Pada Tahun 1998 |
“Like mother,Like son’s”.Itulah perumpamaan yang boleh Awang ungkapkan terhadap hobi kami.Kami mempunyai Hobi yang sama iaitu mandi sungai.Nak tahu kenapa Awang menggunakan perumpamaan itu kerana emak – emak kita orang nie ratu renang kat sungai Kelantan tau.Almaklumlah sumber air utama untuk kegunaan penduduk kampong Tebing Tinggi masa itu ialah air sungai.Jadi,kemahiran emak-emak kita orang adalah berenang.Manalah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan?Kami bertiga cukup terror bab berenang tetepi bawah sikit daripada topedo Thorpe.Perenang sensasi AS tue…hehehe…
Kenangan Raya Awang bersama Abdul Anuar pada tahun 2005 |
Pengalaman mandi sungai tue,memanglah banyak.Antaranya bermain kejar air@berambat air.Permainan nie samerlah dengan “Datuk Harimau”.Cuma ia dimainkan di dalam air @ sungai.
Pemainan lain adalah Pertandingan Menyelam.Dalam
pertandingan ini ,pemenangnya adalah mereka yang menyelam paling lama.
Pengusti Feverot Awang " John Cena" |
Permainan seterunya adalah Gusti Tanah liat.Dalam permainan ini,tanah yang berada di gigi air dibasahkan.Kemudian kami bertempur sesama sendiri.Yang last berada di atas tanah liatlah pemenangnya.Biasanya Abdul Anuarlah champion.Mana tidaknya,kami mengelarkannya badak sumbu.Sukar nak direbahkan.Kadang – kadang aku mengunakan taktik kotor dengan berpakat dengan Abdul Farouk untuk merebahkannya.Bukan setakat merebahkan tetapi mencampakkannya ke dalam sungai.Last - last Awanglah juaranya kerana Awang pula akan menolak Abdul farouk ke dalam sungai juga .Mana tidaknya,mana best menjadi juara bersamakan?Juara mutlaklah bestkan???hihihi…
Paint Ball Versi Panit Ball.Hehehe... |
Paint ball versi kampungpun ada.Biasanya kami mengunakan tanah liat sebagai
pelurunya.Sekali kena,rasa hendak berair mata tau.Mana tidaknya,sakit
wei!!!Last2 kami terjun ke dalam sungai untuk meredakan kesakitannya.hahaha…
Mandi sungai paling best ketika air pasang besar.Ini
kerana air sungai akan menghanyutkan
kayu balak dan buah getah.Biasanya,kami akan berenang ke tengah sungai untuk
mengambil kayu balak dan buah getah.
Biasanya,kayu balak akan kami jadikannya rakit.Manakala buah getah,kami akan gunakan untuk berlaga.Buah getah yang kebal atau tidak pecah di kira juara.
Buah Getah |
Biasanya,kayu balak akan kami jadikannya rakit.Manakala buah getah,kami akan gunakan untuk berlaga.Buah getah yang kebal atau tidak pecah di kira juara.
Jom Gi Ngail at Hari Belia Negara 2012 di Lembah Sireh (Tesco),Kota Bharu,Kelantan. |
Membesar di pinggir sungai memang best tau.Mana
tidaknya,selain terdapat permainan yang best – best,kami juga boleh melepaskan
tekanan di sekolah dengan memancing di sungai.Jika mendapat tangkapan
ikan dan udang yang banyak,boleh dikatakan senyum lebarlah kami pada hari itu.Mana
tidaknya,jika kami memasak Maggie bersama udang hari tue.Nampaknya,banyak udang
daripada Maggie!!!Hehehe…
Etok merupakan Makanan Popular Penduduk Negeri Kelantan Terutamanya isteri Awang,Tuan Rafeah Said Mohamed |
Mencari etok juga salah satu perbuatan yang boleh kami gunakan untuk
melepaskan tesion selain boleh menambahkan duit poket kami.Etok adalah sejenis
makanan popular di Kelantan.Ia banyak terdapat di sepanjang sungai Kelantan.Biasanya
ia terdapat di tempat yang berpasir
kerana tanah yang berpasir sangat sesuai untuk etok jadikannya sebagai tempat pembiakan.
Pose Maut Awang di Hadapan Tesco Lembah Sireh,Kota Bharu,Kelantan bersama kereta pinjam. |
Kini,semua itu menjadi kenangan untuk kami bertiga.Tempat
kami yang selalu kami mandi manda kini menjadi benteng Besi Sungai
Kelantan.Manakala tempat kami selalu mencari
etak sudah menjadi Hutan
konkrit.Jika hendak tahu,Tesco Kota Bharulah tempat di mana kami bertiga selalu mencari etok dahulu.Tidak
lupa,tempat inilah juga merupakan tempat kami membeli timun cina dengan harga
yang murah.Sebiji dalam 40 – 50 Sen sahaja.Murahkan???
Kenangan 3 Abdul di Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2006 |
Dengan semua kenangan yang telah kita lalui ini menjadikan
kami sebagai Best Friends Forever…Teman Tapi Mesra.Jadikan ia kenangan
terbaik untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment