Saturday, 21 July 2012

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM SEMESTA ALAM...



Alhamdudillah,bersyukur Awang kepada Ilahi kerana masih dipanjangkan umur  dan dimurahkan rezeki Awang pada tahun ini dan seterusnya dapat merasai Nikmat berpuasa pada tahun 1433 Hijrah ini.Sebelum berpuasa,Jom kita Niat dahulu:




Selepas niat,barulah boleh berpuasa.Tapi kena bersahur dahulu...




Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.


Selepas bersahur,barulah boleh berpuasa...



Maksud Puasa:

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga serta melawan hawa nafsu,akhirnya...

Selamat Berbuka Puasa...



tapi kena tunggu Azan Maghrib dahulu...  



 
Dan dimulai dengan memakan Buah Kurma...





Buah kurma atau tamar pastinya menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah untuk berbuka puasa. Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman. Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan. Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Selepas Berbuka,bolehlah kita bersiap untuk menunaikan Solat Sunat Terawih.Rebutlah PAHALA yang berlipat kali ganda dan terdapat 
Hanya di bulan RAMADHAN...




JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

Sumber Gambar : Facebook

No comments:

Post a Comment