Saturday, 25 August 2012

SUKA DUKA AIDILFITRI 2012

Aidilfitri 2012 di rumah Tok Wan
Setelah seminggu kita menyambut Aidilfitri 2012,akhirnya kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu dan membawa haluan masing-masing.Mungkin Aidiladha 2012 nanti kita dapat bersua kembali ataupun Aidilfitri 2013.Itupun jika kita masih dipanjang umur dan di murahkan rezeki oleh Maha Pencipta kita.

Persalinan kedua Aidilfitri 2012
Macam raya anda tahun ni?Adakah Raya sakan?Cukup meriah?Sama sahaja seperti tahun-tahun yang lepas ataupun lebih teruk daripada lepas?Walau apapun situasi anda,kita harus bersyukur kerana kita dapat menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan aman dan harmoni berbanding saudara kita di Myammar,Syria,Palestin,Iraq dan beberapa lagi negara bergolak.
Hero - hero Tok Wan di Aidilfitri 2012
Alhamdudillah!!!Awang bersyukur kehadrat Ilahi kerana Aidilfitri pada tahun ini cukup sempurna bagi Awang walaupun kepunan untuk menyediakan juadah Satay sebagai menu hari raya di rumah Awang.Ini kerana tuan satay(Anok Beranok Satay Baung) tidak membuat jualan Satay pada malam raya tahun ini kerana terpaksa menyiapkan tempahan Satay yang dianggarkan mencecah setengah juta cucuk.
DekYaKu Saye...
Kutipan duit raya anak Awang @ Wan Nadia Fatihah pula mencecah RM215.Walaupun ada yang lebih hebat lagi daripada kutipan duit raya anak Awang tetapi bagi Awang,inilah kutipan Box Office yang pernah anak Awang dapat.Kata orang"Rezeki anak-anak".Erm,adik Nadia nak papa letak dalam akaun bank adik ker atau nak papa letakkan ke atas rantai kaki emas adik Ya???
Aidilfitri 2012 bersama Abg.Lan(Abg) kiri dan Abg Mat(Abg Ipar) kanan.
Malang memang tidak berbau dan berwarnakan?Itulah yang menimpa ke atas keluarga dan sahabat Awang.Abang Awang yang bekerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan terpaksa berputih mata apabila rumah yang baru dinaikki sebelum raya lepas dimasuki pencuri.Habis semua perabut yang baru dibelinya diangkut pencuri.Kejadian itu berlaku ketika Abang Awang pulang beraya di Kelantan. 
Erm,sebab tue xcident,pakai spect hitam sangat adik Joe Fizo ter!!!
Manakala sahabat baik Awang,Joe Fizo pula terlibat dalam kemalangan di hadapan JPJ Panji ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada pagi ini.Alhamdudillah!!!Mujurlah Joe Fizo hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
I LOVE ALLAH!!!
Dalam kita bergembira di hari raya ini,ingatlah kepada mereka yang berduka dan tiada apa-apa.Bersyukurlah kita apa yang kita ada pada hari ini di samping berdoa kepada Maha Esa agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita pada tahun ini dan pada tahun-tahun mendatang.Semoga kita sekali lagi dapat bertemu dengan bulan keberkatan iaitu Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2013.Insya'Allah!!!



Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA DAN JOM BALIK KAMPUNG...



Selamat Hari Raya Aidilfitri Awang ucapakan kepada seluruh umat Islam yang bakal menyambut Hari Kebesaran kita semua esok setelah sebulan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu.Somoga sambutan Aidilfitri kita kali ini lebih bermakna di samping keluarga tercinta dan sahabat handai.

Ho...Ho...Ho...Balik Kampong!!!Hati girang!!!
Setiap orang mempunyai kampung masing -masing.Bagi Awang,kampung Awang terletak di Teratak Pulai,Pauh Lima,Bachok,Kelantan.Itulah kampung yang selalu Awang tuju tiap kali Hari Raya menjelma.Kampung ini merupakan tempat lahir Arwah Mok Awang,Manakala kampung sebelah Ayah Awang terletak di Pasir Mas.

Yang mana dulu perlu Awang UTAMAKAN erk???
Keluarga Awang sekarang menetap di Kampung Sireh berhampiran Lembah Sireh.Manakala Kampung Isteri Awang pula terletak di Kundur Island,Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu,Kelantan.Memandang kedua-duanya terletak di Bandaraya Kota Bharu,jadi kami tiada masalah untuk pulang beraya setiap tahun kerana Awang dapat beraya di kedua-dua belah pihak.


Persiapan raya Awang pada tahun ni adalah secara bersederhana sahaja.Almaklumlah gaji Awang taklah besar sangat dan Awang sudah bekerluarga.Jadi Awang kena rancang betul-betul agar tidak berlaku pembaziran mahupun ketirisan kewangan.Menu utama rumah Awang masih lagi mengekalkan Satay di samping biskut raya.Kepada sahabat handai Awang yang mengidam hendak makan Satay,SILALAH ke rumah Awang.Jangan MALU-MALU...

Aidilfitri Awang 2010 bersama anak buah.
Dikesempatan ini,Awang ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada mereka yang mengenali Awang andai ada awang tersalah kata mahupun terkasar bahasa sepanjang mengenali Awang Sulung Mulut Manis ini. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

 &

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

ADA APA DENGAN PERKAHWINAN???

♥ PERKAHWINAN ♥
 
 Selami maksud di sebalik PERKAHWINAN...
 
P . ♥ Penyatuan Jiwa Dua Insan

E . ♥ Elemen Cinta & Kasih Sayang

R . ♥ Restu Ibu Ayah & Redha Ilahi Diharapkan

K . ♥ Kahwinilah Dia Kerana Agamanya Bukan Kerana Harta & Kecantikan

A . ♥ Allah Menghalalkan Satu Ikatan,Usah Dicari Lagi yang Haram

H . ♥ Hanya Sabar Rencah Memperkukuhkan Ikatan

W. ♥ Wanita & Lelaki Saling Lengkap-Melengkapi

I . ♥ Inilah Fitrah Dari Ilahi

N . ♥ Niat Ikhlas & Suci untuk menghalalkan Sebuah Ikatan Cinta

A . ♥ Anak-Anak Adalah Anugerah Yang Amat Bernilai

N . ♥ Nun Diakhirat Nanti Dapat Balasan daripada apa yg kita lakukan

KUNDUR ISLAND…


Kampungku yang permai...

KUNDUR ISLAND (Nama Orang Putih) atau nama saintifiknya Pulau Kundur adalah sebuah pulau semulajadi yang terbentuk hasil pengeringan air laut atau penyusutan paras air laut .Di sinilah tempat di mana isteriku Tuan Rafeah Binti Said Mohamed dilahirkan,dibesarkan dan dijodohkan dengan suaminya iaitu Awang Sulung Mulut Merah a.k.a Wan Mohd Al Malek Faisal Bin W.Yahya.Dan disinilah juga di mana anakku Wan Nadia Fatihah Binti Wan Mohd Al Malek Faisal dilahirkan.


Kenangan Anakkku bersama mertuaku di musim tengkujuh 2008.

 Pekerjaan utama penduduk di sini adalah Nelayan diikuti kerja kampung(sendiri),buruh,kerja swasta,kerja kerajaan dan berniaga runcit. Sebahagian besar kerja kampung pula merangkumi pekerjaan di dalam industri pembuatan batik,pembuatan keropok,penternakan ikan dalam sangkar,penternakan haiwan seperti Lembu dan kambing dan pembuatan Daun Rokok. 

Tok Peraih Daun Rokok @ Awang bersama Anakanda Tercinta.

 Ayah mertuaku juga merupakan seorang Nelayan.Best juga mempunyai seorang mertua sebagai Nelayan kerana tiap – tiap hari aku dapat menikmati makanan laut yang fresh – fresh seperti Ikan,Udang,Sotong dan Ketam.Walaubagaimanapun,bekerja sebagai nelayan merupakan pekerjaan yang mencabar kerana kita kerana terpaksa mengharungi gelombang laut serta tangkapan yang tidak menentu.Jika memperolehi tangkapan yang banyak,maka isteri senyum memanjang dan bila tiada tangkapan,isteri redha kerana inilah realiti pekerjaan sebagai nelayan.

Tok Peraih Ketam a.k.a. Awang Sulung Mulut Manis.

 Kundur island cukup popular di kalangan pelancong asing.Ini dapat dilihat apabila hampir setiap kampungku dikunjungi pelancong asing.Kadang kala mereka datang berkumpulan dan ada juga dating berkeluarga.Biasanya mereka akan datang menaiki basikal.Ini mungkin kerana mereka dapat ke semua destinasi pelancongan yang ada di kampungku di samping dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga.


Dikir Barat Hari Bahagiaku bersama RIZAL ARJUNA.

 Pendudunya pula ramah-ramah dan mempunyai semangat kekitaan yang kuat.Ini dapat dilihat melalui semangat tolong menolong di dalam majlis kenduri-kendara.

Dikir Barat Hari Bahagiaku Bersama MANN MADU.

 Dari segi hiburan pula,penduduk kundur island sangat meminati Dikir barat dan ini dapat dilihat melalui penubuhan “Kumpulan Dikir Barat Pantai Kundur”.Biasanya kumpulan ini akan membuat pertunjukkan setiap hari rabu malam khamis.Sekiranya mendapat Undangan Majlis Perkahwinan,mereka juga akan mengadakan persembahan.Pada Perkahwinan Awang pada 28 Mac 2008 juga turut mengunakan khidmat mereka.Inilah merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan Awang sehingga ke hari ini.

Aidilfitri 2011 di Rumah Tok Wan Sireh Village...

 Di kesempatan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma lusa,tak sabar rasanya untuk Awang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Lebaran bersama keluarga tercinta. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 &
MAAF ZAHIR & BATIN

                                                                                                                              Awang sekeluarga

Wednesday, 15 August 2012

JOM BELAJAR CARA-CARA MEMBUAT KETUPAT HIASAN DENGAN RIBEN.....

Jom belajar membuat ketupat hiasan.Senang jer...
Tadi Awang singgah sekejap di Kedai Handicraft untuk tengok - tengok ketupat hiasan.Almaklumlah dah nak raya jadi teringinlah  juga Awang hendak hiaskan rumah Awang dengan ketupat hiasan.Barulah ceria rumah Awang nantikan?Terkejut Awang bila mengetahui harganya.Mak ooii!! Mahalnya harganya dengan ketupat saiz kecil ini berharga RM1 satu.

Ketupat Hiasan saiz kecil

Manakala ketupat besar ini berharga RM2.50.

Ketupat Hiasan saiz XXL
Kalau sebiji bolehlah Awang beli.Tapi kalau hendak dijadikan hiasan sekurang-kurangnya sedozenkan?So,Awang kena bayar RM 12 untuk 12 biji ketupat hiasan saiz kecilkan?Itu baru yang saiz kecil,kalau saiz besar,Rm 30 lah jawabnya.Mahalnya untuk sedikit kecerian di Hari Rayakan?Jikalau gaji Awang besar Awang tak kisah,jika gaji sekadar cukup makan,biar tak beli ketupat hiasanpun.Cukuplah Awang menghiaskan Rumah dengan Kad Raya yang dikirimkan oleh kawan - kawan Awang jer.


Awang dengan sabar mengajar tutorial membuat Ketupat Hiasan secara PERCUMA kepada pengungjung PSRM Kota Bharu yang berminat.
Erm,mujurlah Awang ni terror membuat ketupat hiasan tahap gaban.Jadi tak perlulah Awang membeli ketupat hiasan yang mahal tetapi cukuplah Awang membeli 2 gulung reben saiz kecil berharga RM2 setiap satu yang boleh menghasilkan 15-16 biji ketupat untuk gabungan 2 gulung riben.Manakala 2 gulung riben besar yang berharga RM4 setiap satu boleh menghasilkan 8 biji ketupat. Jom kita belajar cara - cara membuat ketupat hiasan cara Awang...

Pertama...

Cara meletak Riben permulaan yang betul
Kedua...

Gulungan Riben mesti berlawanan.Tangan kiri ke bawah(tapak tangan) manakala tangan kanan keatas(belakang tapak tangan).
Ketiga...


Silangkan Riben yang berada di tangan kanan (hijau) ke atas riben tangan kiri (putih) dengan sifir tengah,atas dan tengah.
Keempat...


Setelah selesai silangan pertama,pastikan gulungan riben pertama tangan kanan berada pada aras yang paling bawah untuk memastikan ruangan mencukup untuk 2 silangan seterusnya.

Kelima...


Masukkan gulangan kedua tangan kanan (hijau) dengan sifir atas,tengah dan atas.

Keenam...

Masukkan gulungan ketiga tangan kanan (hijau) dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Ketujuh...

Silangan keempat riben tangan kanan (hijau) secara solo ke arah kiri dengan sifir atas,tengah dan atas.

Kelapan...

Dan riben (hijau) seterusnya membengkok ke atas.

Kesembilan...

Riben tangan kanan (hijau) naik ke atas dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Kesepuluh...

Silangkan Riben tangan kiri (putih) arah bawah ke kanan dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Kesebelas...

Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas.
(Pandangan Belakang)

Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Kedua belas...

Silangan seterusnya Riben tangan kiri (putih) ke kiri atas dengan sifir atas,tengah dan atas.

Ketiga belas...

Silangkan silangan terakhir riben tangan kanan(hijau) ke bawah dengan sifir atas,tengah dan atas.

Keempat belas...

Tarik ketupat yang telah siap secara pelahan - lahan untuk meng"slim"kannya supaya lebih cantik.Sekiranya tidak berjaya,sila tarik silangan riben satu persatu untuk mendapatkan bentuk ketupat sebenar.

Kelima belas...

Potong hujung riben untuk mendapatkan menjadikan ketupat hiasan lebih menarik.

Akhirnya siaplah tutorial membuat ketupat daripada Awang Sulung Mulut Manis...

Cepat-cepat datang beli"2 seringgit,2 Seringgit,2 Seringgit".
Jika sekali gagal,buat lagi..buat lagi..dan buat lagi.InsyaAllah berjaya sebagaimana 3 Abdul di bawah nie.Fakhrullah (Baju biru) mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan ketupat ini,Joe Fizo ( Baju kemeja) mengambil masa 4 hari manakala adik Farez pula sampai ke hari ini belum pandai lagi hendak membuat ketupat.Hehehe...Nasib badan...Jadi,JANGAN PUTUS ASA Awang harapkan...Selamat Mencuba...


3 Abdul Posing maut bersama ketupat hiasan yang Awang hasilkan.Yang dia orang hasilkan,dia orang sorokkan.Katanya"Malu Kokrang" jikalau orang lain tengok.Hehehe...
Di kesempatan masa yang ada ini,Awang juga ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon MAAF kepada semua pengungjung andai ada Awang TERSALAH KATA & TERKASAR BAHASA sepanjang Awang berceloteh di dalam Blog Almalekfaisal.Blogspot.Com. 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri 
&
Maaf Zahir dan Batin".


Awang Sulung Mulut Manis & Keluarga

Sunday, 12 August 2012

KAMPUNGKU YANG PERMAI…………




Hey…….Inilah…
Kampungku yang permai…
Kampungku terkenal…
Penduduknya aman damai…
Aku sungguh bertuah…
Aku lahir disini…
Di kampungku ini…
Kampungku yang indah…
Suasana begini…
Cukup senang dihati…
Burung-burung berkicauan…
Menyanyi dan menari…
Suasana keriangan…
Musim banyak berubah…
Di kampungku yang indah…
Kehidupan harian…
Petani dan nelayan…
Kerja pagi dan petang…
Itulah pekerjaan…
Sehari berterusan…
Untuk sesuap makan…
Pagi turun ke bendang…
Tanam padi di sawah…
Beginilah kehidupan…
Dengan hati yang tabah…
Tak kira penat lelah…
Penduduk yang mulia…
Hidup bersaudara…
Sama sekeluarga…
Yang tua dan yang muda…
Sepakat dan sekato…
Berbudi bahasa…
Saling hormat menghormati…
Sama-sama sendiri..
Apa akan terjadi…
Bila bersatu hati…
Beginilah hari-hari…

Sumber : Lirik Dikir Barat Kampungku 
Nyanyian : Adik Wani & Rosalinda


Friday, 10 August 2012

TERIMA KASIH PM ATAS KEPRIHATINAN ANDA...


Bersyukur Awang kepada Ilahi kerana telah memberikan kesempatan  kepada Awang pada hari ini untuk merasai Bonus yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru – baru ini. 





Terima kasih PM.Itulah yang mampu Awang ucapkan di kala Hari lebaran bakal menjelang tiba.Dengan keprihatianan PM melalui duit bonus yang diberikan ini dapatlah Awang menggunakannya untuk membuat persiapan hari raya yang berbaki 9 hari lagi.






Dengan pemberian bonus ini juga sedikit sebanyak membawa kecerian kepada Awang sekeluarga dalam membuat persiapan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.





Kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pula Terima kasih,terima kasih dan terima kasih kerana melanjutkan kontrak kami sebagai Pembantu Belia dan Sukan kontrak merangkap Penyelia di Pusat kegiatan Rakan Muda Seluruh Malaysia pada tahun ini dan begitulah juga kami harapkan pada tahun - tahun berikutnya.Dan lebih elok jikalau kami semua diserap sebagai kakitangan tetap di Jabatan Tuan!Insya'Allah!!!Sama-samalah kita semua berdoa wahai Penyelia Pusat Kegiatan Rakan Muda Malaysia.Tambah - tambah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

JOM "AMALKAN 55555" DI MUSIM PERAYAAN...




Sebut sahaja Hari Raya,ingatan kita mesti teringatkan akan menu – menu kegemaran kita di hari lebarankan?Erm,bestnyer…Kalau boleh semua makanan kita mahu makan.Tambah – tambah setelah sebulan kita melawan nafsu makan.Bagi Awang,makan – makan juga tetapi ingat pesanan menteri Kesihatan kita ini:-

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan kempen 'Amalkan 55555' untuk kekal sihat sempena musim perayaan Aidilfitri dalam usaha membantu mengurangkan peningkatan kadar obesiti di negara ini.

'Amalkan 55555' merujuk kepada makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kempen itu bertujuan memberi kesedaran serta peringatan memandangkan ramai yang sukar untuk mengawal nafsu makan pada musim perayaan.

"Inilah sebabnya ramai di antara kita mengalami penambahan berat badan setiap kali musim perayaan," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran kempen itu, di sini.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan secara rawak di kalangan 181 orang dewasa berbangsa Cina pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, mendapati 51.4 peratus responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut perayaan itu.

"Jadi secara puratanya berlaku peningkatan berat badan sebanyak 0.7 kilogram dan diharapkan dengan kempen kali ini, akan dapat menyuntik kesedaran supaya mengamalkan makanan secara sihat pada raya nanti," katanya.

Liow berkata kementerian turut menerbitkan buku panduan amalan makanan secara sihat yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kementerian di www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh.gov.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar obesiti meningkat daripada 14.0 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada 2011.

Sementara itu, beliau berkata seramai 29 lagi Pegawai Sains dan Zat makanan akan dilantik untuk ditempatkan di klinik-klinik seluruh negara. - Bernama

Thursday, 9 August 2012

JOM REBUT MALAM LAILATULQADAR...


Daripada 'Aishah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "

Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan."

(Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir bermula pada malam ke-21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu mengandungi 29 hari atau 30 hari. Dari perkiraan ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatulqadar hendaklah dilakukan pada malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29.

Walau bagaimanapun, Ibn Hazam rahimahullah berpendapat bahawa perkataan "asyara" membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi 30 hari, barulah cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi 29 hari maka 10 hari akhir bermula pada malam ke-20 dan dengan perkiraan itu malam-malam ganjil (untuk 10 akhir) menepati malam ke 20, 22, 24, 26 dan 28 Ramadhan. Walau bagaimanapun, Baginda telah beriktikaf pada bulan Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatulqadar dan secara kebetulan bermula pada malam ke 21 Ramadhan.

Oleh itu, pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan bahawa malam ganjil untuk 10 hari akhir bermula pada malam ke 21 adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat walaupun ada kemungkinan Lailatulqadar jatuh pada malam-malam lain.

Pencarian Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi apabila kita berjaga setiap malam bermula dari malam ke 20 sehinggalah ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapat Lailatulqadar.



Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
SuMbEr : ILuvIslam

Saturday, 4 August 2012

UJIAN RAMADHAN 1433 HIJRAH...

Wan Farah Alia binti Wan Mohd Fairus semasa Majlis Potong Jambul.


Ramadhan pada tahun ini cukup menguji ketabahan Awang sekeluarga.Mana tidaknya,anak saudara baru Awang iaitu Wan Farah Alia Binti Wan Mohd Fairus yang baru berusia 7 Bulan di jangkiti Kuman pada paru - paru.Perasaan bapa saudara mana yang tidak terkejut apatah kedua-dua ibubapanya.

Pada mulanya,anak saudara Awang mengalami deman biasa saja.Setelah di bawa ke Klinik berbayar sebanyak 2 kali,kesihatannya tetap tidak berubah menyebabkan adik Awang membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Setelah menjalani rawatan,akhirnya anak saudara Awang ditahan untuk pemeriksaan lanjut setelah Doktor mendapati simton-simtom jangkitan kuman pada paru-paru anak saudara Awang.

Doa Awang kepada Anak Saudara Awang:-

Kenangan Isteri Awang bersama anak saudara baru Awang.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku Maha Berkat Nama Engkau.

Maka tidak boleh menyebut nama Engkau dengan sedikit melainkan menyebut sebanyak-banyaknya.

Tidaklah kebaikan menjadi kurang melainkan Allah SWT menambahkan kebaikan itu dan memberi keberkatan padanya (dengan senantiasa menyebut namaNya).

Dan tidaklah menimpa penyakit melainkan Allah SWT menghilangkannya.

Dan tidaklah Syaitan itu datang melainkan Allah SWT menolaknya dengan menghalau lagi dijauhkannya.

Barangsiapa meminta perlindungan denganNya, nescaya dia telah berlindung kepada pegangan yang kuat.

Dan barangsiapa berpegang dengan Allah SWT, nescaya diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

Seindah-indah pemberian di dalam hatiku adalah (hatiku) mengharap kepada Engkau.

Dan yang paling menyukai sebanyak-banyak masa kepadaku adalah satu masa yang mana aku dapat menemui Engkau.

Dan yang paling enak suatu kalam itu ke atas lisanku adalah berdoa kepada Engkau.
Engkaulah Yang Maha Penyembuh.

Tidaklah penyembuhan itu (berlaku) melainkan penyembuhan daripada Engkau.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)
[Al-Israk:82]
Apa yang Awang harapkan agar anak saudara Awang cepat - cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan sebagaimana kanak - kanak yang sebaya dengannya.Insya'Allah!!!