Friday 17 August 2012

KUNDUR ISLAND…


Kampungku yang permai...

KUNDUR ISLAND (Nama Orang Putih) atau nama saintifiknya Pulau Kundur adalah sebuah pulau semulajadi yang terbentuk hasil pengeringan air laut atau penyusutan paras air laut .Di sinilah tempat di mana isteriku Tuan Rafeah Binti Said Mohamed dilahirkan,dibesarkan dan dijodohkan dengan suaminya iaitu Awang Sulung Mulut Merah a.k.a Wan Mohd Al Malek Faisal Bin W.Yahya.Dan disinilah juga di mana anakku Wan Nadia Fatihah Binti Wan Mohd Al Malek Faisal dilahirkan.


Kenangan Anakkku bersama mertuaku di musim tengkujuh 2008.

 Pekerjaan utama penduduk di sini adalah Nelayan diikuti kerja kampung(sendiri),buruh,kerja swasta,kerja kerajaan dan berniaga runcit. Sebahagian besar kerja kampung pula merangkumi pekerjaan di dalam industri pembuatan batik,pembuatan keropok,penternakan ikan dalam sangkar,penternakan haiwan seperti Lembu dan kambing dan pembuatan Daun Rokok. 

Tok Peraih Daun Rokok @ Awang bersama Anakanda Tercinta.

 Ayah mertuaku juga merupakan seorang Nelayan.Best juga mempunyai seorang mertua sebagai Nelayan kerana tiap – tiap hari aku dapat menikmati makanan laut yang fresh – fresh seperti Ikan,Udang,Sotong dan Ketam.Walaubagaimanapun,bekerja sebagai nelayan merupakan pekerjaan yang mencabar kerana kita kerana terpaksa mengharungi gelombang laut serta tangkapan yang tidak menentu.Jika memperolehi tangkapan yang banyak,maka isteri senyum memanjang dan bila tiada tangkapan,isteri redha kerana inilah realiti pekerjaan sebagai nelayan.

Tok Peraih Ketam a.k.a. Awang Sulung Mulut Manis.

 Kundur island cukup popular di kalangan pelancong asing.Ini dapat dilihat apabila hampir setiap kampungku dikunjungi pelancong asing.Kadang kala mereka datang berkumpulan dan ada juga dating berkeluarga.Biasanya mereka akan datang menaiki basikal.Ini mungkin kerana mereka dapat ke semua destinasi pelancongan yang ada di kampungku di samping dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga.


Dikir Barat Hari Bahagiaku bersama RIZAL ARJUNA.

 Pendudunya pula ramah-ramah dan mempunyai semangat kekitaan yang kuat.Ini dapat dilihat melalui semangat tolong menolong di dalam majlis kenduri-kendara.

Dikir Barat Hari Bahagiaku Bersama MANN MADU.

 Dari segi hiburan pula,penduduk kundur island sangat meminati Dikir barat dan ini dapat dilihat melalui penubuhan “Kumpulan Dikir Barat Pantai Kundur”.Biasanya kumpulan ini akan membuat pertunjukkan setiap hari rabu malam khamis.Sekiranya mendapat Undangan Majlis Perkahwinan,mereka juga akan mengadakan persembahan.Pada Perkahwinan Awang pada 28 Mac 2008 juga turut mengunakan khidmat mereka.Inilah merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan Awang sehingga ke hari ini.

Aidilfitri 2011 di Rumah Tok Wan Sireh Village...

 Di kesempatan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma lusa,tak sabar rasanya untuk Awang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Lebaran bersama keluarga tercinta. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 &
MAAF ZAHIR & BATIN

                                                                                                                              Awang sekeluarga

No comments:

Post a Comment