Friday 10 August 2012

JOM "AMALKAN 55555" DI MUSIM PERAYAAN...




Sebut sahaja Hari Raya,ingatan kita mesti teringatkan akan menu – menu kegemaran kita di hari lebarankan?Erm,bestnyer…Kalau boleh semua makanan kita mahu makan.Tambah – tambah setelah sebulan kita melawan nafsu makan.Bagi Awang,makan – makan juga tetapi ingat pesanan menteri Kesihatan kita ini:-

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan kempen 'Amalkan 55555' untuk kekal sihat sempena musim perayaan Aidilfitri dalam usaha membantu mengurangkan peningkatan kadar obesiti di negara ini.

'Amalkan 55555' merujuk kepada makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kempen itu bertujuan memberi kesedaran serta peringatan memandangkan ramai yang sukar untuk mengawal nafsu makan pada musim perayaan.

"Inilah sebabnya ramai di antara kita mengalami penambahan berat badan setiap kali musim perayaan," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran kempen itu, di sini.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan secara rawak di kalangan 181 orang dewasa berbangsa Cina pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, mendapati 51.4 peratus responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut perayaan itu.

"Jadi secara puratanya berlaku peningkatan berat badan sebanyak 0.7 kilogram dan diharapkan dengan kempen kali ini, akan dapat menyuntik kesedaran supaya mengamalkan makanan secara sihat pada raya nanti," katanya.

Liow berkata kementerian turut menerbitkan buku panduan amalan makanan secara sihat yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kementerian di www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh.gov.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar obesiti meningkat daripada 14.0 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada 2011.

Sementara itu, beliau berkata seramai 29 lagi Pegawai Sains dan Zat makanan akan dilantik untuk ditempatkan di klinik-klinik seluruh negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment