Friday 1 March 2013

BESTNYER PESTA THAI 2013...


Erm,bestnyer PESTA THAI 2013...Itulah ungkapan yang boleh Awang ungkapkan dikala berada di tapak Pesta Thai 2013.Tidak seperti di tapak-tapak Pesta Thai sebelum ini iaitu di Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan di Jalan Mahmood iaitu bersebelahan Perpustakaan Kelantan,Pesta Thai 2013 kali ini bagi Awang lagi Meriah.Meriah dari segi penyertaan peserta yang membuat jualan dan juga sambutan pengungjung yang berkunjung ke sini.


Hari ini merupakan kunjungan Awang buat kali kedua setelah kali pertama dua hari yang lepas.Kunjungan Awang pada kali pertama bersama isteri Awang manakala pada hari ini bersama sahabat Awang.Pesta kali ini bermula pada 25 Febuari dan akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 3 Mac 2013.Manakala tapak Pesta pula diadakan di Tempat Letak Kereta dan Bas bersebelahan Bazar Tengku Anis dan berdekatan Nasi Ulam Cikgu di Kg.Kraftangan.




Pesta kali ini sama sahaja dengan Pesta Thai pada tahun-tahun yang lepas tetapi pada tahun ini pesta lebih meriah kerana selain gerai-gerai jualan dengan jualan seperti Makanan Tradisional Thailand,Barangan Kraftangan Thailand,Produk Industri Kecil dan Sederhana Thailand,Jeruk dan Buah-buahan Thailand,Pelbagai Pakaian Berjenama dan pelbagai lagi jualan yang tidak terdapat di negara kita,Pesta Thai kali ini juga diserikan lagi dengan acara selingan seperti persembahan Muay Thai.







Kepada mereka yang belum lagi datang ke sini,jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana Pesta Thai hanya diadakan sekali sahaja setiap tahun di negeri Kelantan.Dengan baki hari yang masih ada ini, 


Jom kita sama-sama datang dan memeriahkan lagi Pesta Thai 2013 kali ini!!!

Lagi-lagi gambar yang sempat Awang Snap...



















 

No comments:

Post a Comment