Thursday 21 February 2013

Le Tour de Langkawi ( lTdL ) 2013 KEMBALI LAGI...





 Le Tour de Langkawi ( lTdL ) 2013 kembali lagi.Siapa dan pasukan manakah yang akan mengungguli JUARA  individu dan berpasukan keseluruhan pada tahun ini?Dan individu dan pasukan mana pula yang akan muncul JUARA di peringkat ASIA pula.Berjayakah Malaysia untuk mendapat tempat yang lebih baik daripada lTdL 2012?Di tambah pula dengan pelbagai insetif menarik yang ditawarkan kepada pelumba tempatan TERBAIK.






Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis, "Jelajah Langkawi") ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.






Empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; ;lking of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.





Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors catégorie.






Setiap kali kedatangan lTdL Awang pasti akan terkenangkan zaman kegemilangan Awang mengayuh basikal racing.Awang secara serius meminati acara berbasikal setelah tamatnya persekolahan Awang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.Masa itu berada di tingkatan 6 atas.Laluan utama Awang berkayuh adalah laluan Kota Bharu – Airport,Kota Bharu – Pantai Irama,Bachok,Kota Bharu – Pantai Sri 7,Tumpat dan Kota Bharu – Jeram Linang,Pasir Putih.Biasanya Awang berkayuh pada hari cuti jumaat dan cuti umum.Cara Awang berkayuh pula , Awang akan berkayuh dalam kelompok pengayuh yang ramai sebagaimana lTdL.






Kini,semua tinggal kenangan kerana hampir kesemua kawan – kawan Awang telahpun berkahwin dan sibuk dengan komitmen masing – masing samaada pada keluarga mahupun kerjaya.Apa yang Awang harapkan agar kami semua akan bertemu semula suatu hari nanti dan berkayuh sebagamanai  mula – mula kami berkayuh.Insya’Allah!!!


No comments:

Post a Comment