Saturday 12 January 2013

JOM PI i-City MEDAN IKAN BAKAR KEDAI BULUH


Erm,sebut sahaja i-City,tentu kita semua akan terbayangkan i-City Shah Alamkan?i-City Shah Alam cukup popular di negara kita tetapi i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh tidak kurangya.Walaupun i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh tidaklah sefamous i-City Shah Alam,tetapi i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh cukup famous di kalangan penduduk negeri Kelantan Amnya dan Penduduk sekitar Medan Ikan Bakar Kedai Buluh Khasnya.


i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh secara rasminya di buka kepada orang ramai pada Oktober 2012 bermula pada 7 malam sehingga 12 tengah malam.Ini kerana i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh hanya menawarkan keindahan pancaran lampu LED sahaja dan apa yang lebih istimewa adalah tiada bayaran dikenakan @ PERCUMA.Selain menawarkan keindahan pancaran lampu LED,Medan Ikan Bakar Kedai Buluh juga sememangya sangat popular kepada peminat-peminat ikan bakar di sekitar negeri kelantan.Di sini anda boleh menjamu selera dengan menu berasaskan ikan bakar dengan kadar harga yang berpatutan.


Pada masa akan datang,Medan Ikan Bakar Kedai Buluh juga akan menyediakan kemudahan permainan air seperti Speed Boat dan Jet Ski selain Jeti Kapal Persiaran untuk ke Pulau Perhentian terus dari Kota Bharu.Jeti sekarang dalam proses pembinaan.


Kepada mereka yang belum pernah datang ke Medan Ikan Bakar Kedai Buluh,Awang persilakan kerana di sini menjanjikan kenangan manis kepada mereka yang pertama kali berkunjung di sini.Selain menjadi tempat kepada peminat-peminat Ikan Bakar,Medan Ikan Bakar Kedai Buluh juga menyediakan Taman Permainan Kanak-kanak dan TERBARU i-City Medan Ikan Bakar Kedai Buluh.


Jadi,jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment