Saturday 8 December 2012

MASJIS KUCHA ASYURA PERDANA 2012


Dua minggu telah berlalu tetapi parutnya masih berbekas pada lengan tangan Awang.Bukan satu tapi empat.Itulah parut akibat terkena percikan Bubur Asyura panas.Bukan Awang tak nak pakai baju lengang panjang tetapi Awang memakainya pada mulanya tetapi akhirnya Awang terpaksa menukarnya dengan baju yang ditempah khas untuk program ini.Erm,itulah asam garam dalam membuat bubur asyurakan?Kawan Awang iaitu Hasram Ismail pula sampai asyura terbang masuk ke dalam telingganya.Selepas itu dia terus Mc daripada program ini.Hehehe... 


MAJLIS KUCHA ASYURA PERDANA diadakan pada 24 Nov 2012 lepas  di RTC, TUNJUNG.Kemeriahan Majlis Kucha Asyura Perdana 2012 sempena Program Himpunan Permuafakatan Rakan Padu Negeri Kelantan 2012 anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan jelas terpapar melalui penyertaan yang luar biasa dari segenap lapisan masyarakat. 


Program yang julung kali diadakan di RTC, Tunjung, Kota Bharu ini telah disenaraikan dalam Malaysian Books of Record apabila berjaya menghasilkan 178 kawah bubur asyura Kelantan yang diusahakan secara bergotong - royong oleh lebih 5,000 orang peserta seluruh negeri Kelantan. 


JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN (JBSN KELANTAN) turut menyediakan sebanyak 5 kawah bubur asyura yang dihasilkan oleh kakitangan dan sukarelawan belia seramai 50 orang. JBSN Kelantan menjadi satu - satunya agensi/ penyertaan yang menghasilkan paling banyak kawah bubur asyura. 


Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), diiriingi Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Perbangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Datuk Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, turut berbangga dengan usaha JBSN Kelantan menyatukan sukarelawan belia dalam menyiapkan resepi bubur asyura yang istimewa.


Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir dengan upacara penutup pada pukul 5 petang.Bagi Awang,Awang tak dapat melupakan kenangan manis semasa sama-sama terlibat dalam program bermula dari awal penyediaan sehingga siapnya Asyura.Ini kerana,dalam program ini Awang dapat melihat kerjasama berpasukan dalam menyiapkan Asyura.Manakala dengan sedikit provokasi serta coloteh peserta program membuatkan Majlis Kucha Asyura Perdana yang julung kalinya bertambah meriah dengan sorakan dan ejekkan peserta program.



No comments:

Post a Comment