Saturday, 21 January 2012

Berbaloi langgan Astro...



Erm,”Senyum tok tutup mulut”(senyum memanjang) jer ahli keluargaku semalam.Mana tidaknya,pertama kalinya rumahku mengunakan Astro.Keduanya pula,pasukan bola sepak kesayangan kami sekeluarga iaitu 


Super Warriors kenduri gol di Stadium Darul Aman.Dan akhirnya badi di Stadium Darul Aman dapat Super Warriors tamatkan.Walau bagaimanapun,”Kelantan – Kedah sahabat Selamanya”.


Bercakap bab Astro,memang ramai pelanggang tidak puas hati dengan kadar cas yang dikenakan. Tetapi demi bola sepak kesayanganku,semalam akhirnya terciptalah sejarah di rumah yang bernombor 3335.


Kepada “Ayah – U r My Hero” tidak perlulah lagi ke kedai kopi untuk menonton Super Warriors , 



Harimau Malaya mahupun Datuk Lee Chong Wei kerana di rumah kitapun “Macam – macam ada!!!”Hehehe…


Sebenarnya,sudah lama aku sekeluarga bercadang hendak pasang Astro di rumahku tetapi memandangkan kami masih mempunyai adik – adik yang masih bersekolah.Terpaksalah kami adik – beradik lupakan.Bukan apa,kami tidak mahu adik-adik kami yang masih bersekolah terpesona dengan cerita – cerita yang “Best-best” dalam saluran Astro.


Alhamdudillah,adikku kelapanku baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya setelah kakak keduaku menjejakkan kaki di Universiti yang sama pada tahun 2003.Dan adik kesembilanku pula menyambung jejak langkah abangnya di Universiti Putra Malaysia.Semoga adik bongsuku yang juga anak yang kesepuluh dalam keluargaku menurut jejak abang-abang dan kakaknya juga. InsyaALLAH!!!

No comments:

Post a Comment