Sunday, 23 October 2011

Ayah...U r My Hero.

My Hero : W.Yahya Bin Wan Salleh
Erm,betapa besarnya pengorbanan Ibubapa demi kejayaan seorang anak.Itulah ungkapan yang boleh aku ungkapkan.Tapi apakah seorang anak dapat membalas jasa kedua orang tuanya itu?Bolehkah anak itu menghulurkan sedikit duit untuk meringankan beban ibubapa untuk membesarkan adik-adik kita yang masih kecil?Atau memberikan pencen awal untuk ibubapa berehat di kala usianya meningkat senja?Atau menjaga ibubapanya bila tua nanti?
Ada tapi tidak semua.Bila anak dah bekerjaya dan berjaya nanti,tak semua anak mampu menjaga ibubapakan?Sibuk dengan kerjaya masing-masingkan?Bagi aku,aku bersyukur kerana masih mempunyai ayah .Walau bagaimanapun,ayahku tidak sesihat dulu.Sering  sakit-sakit.Dalam tahun lepas , sudah 2 kali ayahku dimasukkan ke wad kerana menghidap penyakit 3 serangkai iaitu Sakit Jantung,Kencing Manis dan Darah tinggi.Emakku pula telahpun menyambut panggilan Ilahi pada 17 Jun 2001 pada pukul 10.55 malam.Emakku meninggal dunia setelah 4 tahun bertarung nyawa dengan penyakit Barah Rahim.Tahun ini ( 2012 ) , sudah 11 tahun arwah pergi meninggalkan kami adik beradik tanpa sempat melihat kejayaan anak-anakmu hari ini..Hanya sedekah al-fatihah,bacaan yassin dan doa sajalah yang mampu ku panjatkan ke atas arwah ibu!Amin!!!

Setiap orang mempunyai watak HERO di dalam diri mereka.Sama ada ia Pemimpin Agong,Super Hero dan lain-lain.Bagiku,ayahlah  adalah hero aku.Mana tidaknya,dengan mengunakan tulang empat keratnya,ayahku mampu membesarkan kami 10 beradik.Ayahku bekerja sebagai buruh kasar iaitu kelindan lori yang terpaksa mengangkat bebanan barang setiap hari untuk kami merasa sesuap nasi.Dengan kadar upah yang tidak seberapa,arwah ibuku bijak menguruskan kewangan keluarga sehingga kami semua dewasa sebelum ibuku menyahut panggilan Ilahi.Terima kasih ibu kerana menyediakan perkhidmatan percuma kepada kami semua seperti menjaga makan minum kami,sakit deman kami,pakaian kami dan yang paling istimewa menguruskan pendidikan kami sehingga kami mampu berdiri di atas kaki sendiri.

My Family : Lex_Ah_Nadia Ginius
Setelah bergelar seorang suami kepada Tuan Rafeah Binti Said Mohamed dan ayah kepada Wan Nadia Fatihah Binti Wan Mohd Al Malek Faisal,baru ku sedar betapa besarnya pengorbanan yang harusku curah dari segi masa,tenaga dan wang ringgit untuk membina sebuah keluarga .Seperti mana ayahku yang menginginkan aku berjaya,begitulah juga aku.Aku juga mahukan anakku juga Berjaya.Aku juga bercita-cita supaya anakku menjadi seperti Doktor yang merawat pesakit yang sakit atau Cikgu yang mendidik anak bangsa sehingga berjaya  ataupun Polis yang setia menjaga keamanan negara.Untuk menjadikan ini semua realiti,maka kitalah yang mencorak anak-anak kita dengan acuan yang kita mahu.Tak lupa didikan agama dan penerapan nilai-nilai ketimuran kerana dunia hari ini penuh dengan pancaroba. “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”.

Hari ini aku panjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk aku sekeluarga melihat dunia ciptaanNYA sambil aku dan isteri membesarkan anakku yang genap tiga tahun pada 03.01.2012 lepas.TERIMA KASIH juga ku ucapkan kepada YA ALLAH kerana memberi peluang kedua buat ayahku untuk terus hidup di duniamu ini.InsyaALLAH akan aku hargai jasa dan pengorbanannya.Tak lupa,Selamat Ulang Tahun Kelahiranmu yang Ke-63 yang jatuh pada 20.12.2011 lepas daripada kami sekeluarga. Dan pada hari ini SELASA , 17 JANUARI 2012 Ku panjatkan doa sekali lagi kepada Ilahi agar ayahku tidak akan mengalami apa - apa komplimentasi dalam Pembedahan Jantung - Bypass di Hospital Raja Perempuan Zainab II , Kota Bharu ,kelantan.Kepada arwah ibu pula,aku sedekahkan bacaan Al-fatihah,bacaan Yassin dan panjatkan doa agar arwah ibuku ditempatkan dikalangan orang yang beriman.InsyaALLAH!!!






No comments:

Post a Comment