SAHABAT
Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,
Bertunjangkan Keikhlasan,
Lalu membuahkan kemanisan ikatan,
Jika terpesong,
Maka
Patahlah Ranting,
Reputlah akar,
Lalu Rosaklah Buah.
TEMAN SEJATI,
BUKANLAH YANG DEKAT DIMATA,
YANG DEKAT BICARANYA,
TETAPI YANG SETIA DIHATI,
DAN DIINGATI
DALAM SETIAP
BISIKAN DOA…
Coretan…………SURIA KENCHANA.
Erm,sekejap sahaja jodoh kita bersamakan?Bersama sebagai Penyelia Pusat Siber Rakan Muda Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.Kini engkau telah meninggalkan kami semua.Bilakah dapat kita bersua kembali.Bersua sebagai sahabat mungkin tetapi sebagai penyelia kembali tidak mungkinkan kembali?Tetapi keajaiban sahaja yang bisa menemukan kita!
Walau apapun terjadi , ku harapkan agar engkau tabah wahai Hitimi attef dan Suria kenchana dalam menerima dugaan ini sebagai asam garam dalam kehidupan kita.Dan ingatlah kita tetap sahabat selamanya.
Jadikan kenangan kita bersama di Taklimat Penyelia – penyelia Pusat Siber Rakan Muda Malaysia di Hotel Grand Season , Kuala Lumpur ( 11 – 13 September 2011 ) , Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stadium Putra Bukit Jalil , Selangor Darul Ehsan ( 13 September 2011 ) , Mesyuarat Penyelia – Penyelia Kelantan dan Sambutan Aidilfitri di Kompleks Belia dan Sukan ( KOMBES ) Panji , Kota Bharu ,Kelantan Darul Naim( 22September 2011 ) , Karnival Mesra Belia 1 Malaysia di Uitm Machang , Kelantan Darul Naim( 26 – 27 November 2011 ) dan Bengkel Informasi Siber Zon Timur 2011 di Kompleks Rakan Muda Besut , Terengganu Darul Iman( 3-4 Disember 2011 ) sebagai kenangan terindah buat kita semua sebagai Penyelia Pusat Siber Rakan Muda di Negeri
kesayangan kita semua iaitu Kelantan Darul Naim.
No comments:
Post a Comment