Friday, 16 September 2011

TAKLIMAT GRAND SEASONS HOTEL,KUALA LUMPUR

Pengumuman oleh My Big Boss iaitu  En.Ghazi Bin Ismail dan En.Khairan Bin Azhar bahawa aku dikehendaki mengikuti Taklimat Pengurusan Penyelia – Penyelia Pusat Siber Rakan Muda di GRAND SEASONS HOTEL,KUALA LUMPUR pada 11 hingga 13 September  2011 amat menyeronokkan bagiku.Mana tidaknya,peluang sebegini bukan senang untuk diperolehi dan ini kali pertama aku mengikuti kursus di luar Kelantan.Semasa bekerja di tempat lama dahulu iaitu di Heng Seng & Co @ Shell Gas Kota Bharu,aku sering terlibat di dalam Kursus Keselamatan Shell Gas dan Forklift tetapi kursus diadakan di sekitar Kota Bharu sahaja.Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan ketentuanNya,aku diberi peluang merasai kemanisan taklimat di luar negeri kelahiranku Kelantan buat kali pertama.Selain menjalani kursus,kami juga secara tidak langsung ditawarkan percutian yang amat menyeronokkan dengan pakej 3 hari 2 malam.Bagiku ia amat bermakna kerana pengalaman seperti ini tidak semua orang dapat merasainya.Percuma lagi tau…


Kami bertolak pada 11 September 2011 tepat jam 8 pagi dengan Pilot En.Zamlam Bin Che Din.Bersama – sama mengiringi kami ialah My Big Boss iaitu En.Ghazi Bin Ismail,En.Khairan Bin Azhar dan 13 orang lagi Penyelia – Penyelia Kelantan.Perjalanan mengambil masa selama 9 jam dan kami sampai di hotel penginapan pada jam 5 petang.Setelah sampai di hotel penginapan,kami mendaftarkan diri di kaunter Reception sebelum mengambil kunci bilik masing – masing.Setiap bilik perlu diduduki oleh 3 peserta kursus dan jodohku pada hari ini adalah  Penyelia Tumpat@Masran Bin Mohd dan Penyelia Kubang kerian @ Faizul Bin Muhammad.Setelah kunci diperolehi,kami semua terus beredar ke Dewan Utama Grand Seasons untuk taklimat ringkas sebelum ke bilik masing – masing.Bilik 2030 yang berada di tingkat 14 menjadi jodoh kami pada hari ini.Memandangakan taklimat pertama kami bermula pada pukul 8 malam ,kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan di bilik penginapan sebelum makan malam pada pukul 7 malam.


Taklimat pertama kami bermula pada pukul 8 malam  dengan Taklimat Pengenalan Pengurusan Pusat Siber Kepada Penyelia – Penyelia Pusat Siber.Dalam taklimat ini,kami diberi penerangan tentang latar belakang,inspirasi,objektif,konsep,ciri – ciri,skop dan isu serta cabaran dalam penubuhan Kelab Rakan Muda..Taklimat berakhir pada pukul 10.30 malam dan disusuli dengan jamuan  minum malam dan Z..z..z di bilik masing-masing.



Pada keesokkannya,acara kami bermula seawal 7.30 pagi dengan sarapan pagi.Manakala Taklimat Kedua kami di hari kedua bermula pada pukul 8.30 pagi dengan Taklimat Pengurusan Operasi,Isu dan Hala Tuju Pusat Siber Rakan Muda oleh En.Mohd Azzahari Bin Mamat. .Dalam taklimat ini,kami diberi penerangan tentang tugas sebenar kami menjadi Penyelia – Penyelia Pusat Siber,Isu Semasa dan masalah yang membelengggu penyelia.Taklimat berakhir pada pukul 10.30 pagi dan disusuli dengan jamuan minum pagi.

Taklimat ketiga kami bermula pada pukul 11 pagi dengan Aktiviti Remaja Siber oleh En.Faizal Reza.Dalam taklimat ini,kami diajar bagaimana untuk memikat hati remaja dengan program yang telah dirancang oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Taklimat ketiga berakhir dengan Majlis Makan Tengahari.

Setelah selesai makan tengahari,kami memasuki kembali Dewan Utama Grand Seasons untuk Taklimat Keempat kami iaitu I Volumteer oleh En.Nor Azam,Wakil Bahagian Promosi Rakan Muda,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Dalam taklimat,kami diajar bagaimana untuk mempromosi Pusat Siber Rakan Muda menjadi Popular di kalangan penduduk setempat terutamanya remaja dan seterusnya mendaftar sebagai Sukarelawan Rakan Muda.Taklimat berakhir pada pukul 4 petang.


Pada pukul 4 petang hingga 7 malam,kami dibenarkan untuk melakukan Aktiviti Bebas dan kami mengambil keputusan untuk bersiar – siar di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.Setelah penat bersiar -  siar , akhirnya kami pulang ke hotel penginapan pada pukul 6.30 petang.


Setelah bersiap,kami turun ke Dewan Makan Utama Grand Seasons untuk majlis makan malam pada pukul 7 malam.Manakala Taklimat Terakhir kami di Hotel Grand Seasons pada pukul 8 malam.Dalam Taklimat Pengurusan Pusat Siber Penyelia – Penyelia Pusat siber pada malam ini,kami diberi peluang berDialog bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu En.Borhan Bin Dollah,Timbalan Pengarah iaitu Pn.Wasitah Binti Yusof,pihak Kontraktor yang terlibat dalam menyelenggara Pusat Siber Rakan Muda dan Pihak Telekom Malaysia (TM).Suasana yang pada mulanya tenang bertambah panas apabila pelbagai soalan dikemukan oleh penyelia – penyelia pusat siber rakan muda seluruh semenanjung Malaysia yang tediri lebih daripada 248 orang.Sesi dialog ditangguhkan pada jam 11 malam untuk memberi laluan kepada penyelia menikmati jamuan minum malam dan merehatkan minda di bilik masing – masing .Sesi dialog kedua akan berlangsung esok di Kompleks Belia dan Sukan Negara di PutraJaya.

Pada hari terakhir taklimat kami ,kami terpaksa bertolak ke PutraJaya seawal jam 8 Pagi kerana acara kami seterusnya berlangsung di sana.Selepas sarapan pagi seawal jam 7 pagi,kami seterusnya bergegas ke dalam bas – bas yang disediakan sebagai pengangkutan kami ke PutraJaya.Perjalanan mengambil masa selama sejam dan jam 9 pagi kami sampai ke destinasi yang dituju.Masa yang terluang sejam sebelum taklimat terakhir kami bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia kami gunakan untuk merakamkan kenangan bersama – sama penyelia yang terlibat  di sekitar bangunan Kementerian Belia dan Sukan.


Tepat jam 10 pagi,orang yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba tak lain tak bukan iaitu YB.Menteri Belia dan Sukan Malaysia,YB.Dato’Sri Ahmad Shabery Bin Cheek.Ketibaan YB.Menteri kami kejutkan dengan gimik ngauman Harimau Malaya “Aum,aum dan aum…”.Aturcara majlis kami hari ini adalah sambungan majlis semalam tetapi lebih kepada Dialog Bersama YB.Menteri.Turut serta KP,TKP,Kontraktor dan Pihak TM.Kerana kesuntukkan masa,kami hanya sempat bersama YB.Menteri hanya 15 minit kerana jadual YB.hari ini padat dengan aturcara yang telah diaturkan.Walaupun hanya 15 minit,ia turut bermakna bagi kami semua penyelia – penyelia kerana kehadiran kami di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia PutraJaya dihargai.Acara berakhir pada pukul 11 pagi dengan majlis minum pagi.

Setelah selesai aturcara kami di PutraJaya,kami bergegas ke dalam bas sekali lagi untuk balik ke hotel penginapan kami sebelum berkemas dan check-out.Tepat jam 12 tengahari akhirnya kami meninggalkan Hotel Grand Seasons,Kuala Lumpur.

Destinasi terakhir kami sebelum kami bertolak pulang adalah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil.Di sini kami sekali berkesempatan berjumpa dan bermesra dengan YB.Menteri.Alang – alang memasuki majlis jamuan Hari Raya,kami tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah yang sinonim dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti Ketupat,Satay,Lemang,Nasi Dagang,Roti Jala,Kueh Raya,Biskut Raya dan pelbagai lagi juadah raya yang disediakan.Kemeriahan sambutan hari raya dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang artis tempatan antaranya Angah Raja Lawak.

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stadium Putra Bukit Jalil itu tadi maka berakhirlah juga kursus serta percutian kami di sini.Akhirnya, Setelah 3 hari 2 malam kami berada di Kuala Lumpur,akhirnya kami terpaksa mengucapkan “Sayonarai” buat Hotel  Grand Seasons , Kuala Lumpur.Semoga ia menjadi “Kenangan Terindah” buat semua Penyelia – Penyelia Seluruh Semenanjung Malaysia .InsyaAllah!!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments:

Post a Comment