Le Tour de Langkawi ( lTdL ) 2013
kembali lagi.Siapa dan pasukan manakah yang akan mengungguli JUARA individu dan berpasukan keseluruhan pada tahun
ini?Dan individu dan pasukan mana pula yang akan muncul JUARA di peringkat ASIA
pula.Berjayakah Malaysia untuk mendapat tempat yang lebih baik daripada lTdL 2012?Di tambah pula dengan
pelbagai insetif menarik yang ditawarkan kepada pelumba tempatan TERBAIK.
Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis,
"Jelajah Langkawi") ialah acara lumba
basikal tahunan yang diadakan di Malaysia
semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi
terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi.
Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.
Empat jersi menjadi rebutan dalam
perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; ;lking of the
mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran
pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia
terbaik.
Jelajah ini merupakan acara lumba
basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors
catégorie.
Setiap kali kedatangan lTdL Awang
pasti akan terkenangkan zaman kegemilangan Awang mengayuh basikal racing.Awang
secara serius meminati acara berbasikal setelah tamatnya persekolahan Awang di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.Masa itu berada di tingkatan 6
atas.Laluan utama Awang berkayuh adalah laluan Kota Bharu – Airport,Kota Bharu –
Pantai Irama,Bachok,Kota Bharu – Pantai Sri 7,Tumpat dan Kota Bharu – Jeram Linang,Pasir
Putih.Biasanya Awang berkayuh pada hari cuti jumaat dan cuti umum.Cara Awang
berkayuh pula , Awang akan berkayuh dalam kelompok pengayuh yang ramai sebagaimana lTdL.
Kini,semua tinggal kenangan kerana
hampir kesemua kawan – kawan Awang telahpun berkahwin dan sibuk dengan komitmen
masing – masing samaada pada keluarga mahupun kerjaya.Apa yang Awang harapkan
agar kami semua akan bertemu semula suatu hari nanti dan berkayuh sebagamanai mula – mula kami berkayuh.Insya’Allah!!!
No comments:
Post a Comment