Dua minggu telah berlalu tetapi parutnya masih berbekas pada lengan tangan Awang.Bukan satu tapi empat.Itulah parut akibat terkena percikan Bubur Asyura panas.Bukan Awang tak nak pakai baju lengang panjang tetapi Awang memakainya pada mulanya tetapi akhirnya Awang terpaksa menukarnya dengan baju yang ditempah khas untuk program ini.Erm,itulah asam garam dalam membuat bubur asyurakan?Kawan Awang iaitu Hasram Ismail pula sampai asyura terbang masuk ke dalam telingganya.Selepas itu dia terus Mc daripada program ini.Hehehe...
MAJLIS KUCHA ASYURA PERDANA diadakan pada 24 Nov 2012 lepas di RTC, TUNJUNG.Kemeriahan Majlis Kucha Asyura Perdana 2012 sempena Program Himpunan
Permuafakatan Rakan Padu Negeri Kelantan 2012 anjuran Jabatan Perpaduan dan
Integrasi Nasional Negeri Kelantan jelas terpapar melalui penyertaan yang luar biasa dari segenap lapisan
masyarakat.
Program yang julung kali diadakan di RTC, Tunjung, Kota Bharu ini
telah disenaraikan dalam Malaysian Books of Record apabila berjaya menghasilkan
178 kawah bubur asyura Kelantan yang diusahakan secara bergotong - royong oleh
lebih 5,000 orang peserta seluruh negeri Kelantan.
JABATAN BELIA DAN SUKAN
NEGERI KELANTAN (JBSN KELANTAN) turut menyediakan sebanyak 5 kawah bubur asyura
yang dihasilkan oleh kakitangan dan sukarelawan belia seramai 50 orang. JBSN
Kelantan menjadi satu - satunya agensi/ penyertaan yang menghasilkan paling
banyak kawah bubur asyura.
Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan
Antarabangsa (MITI), diiriingi Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan
Perbangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Datuk Azman Amin Hassan, Ketua
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, turut berbangga dengan usaha
JBSN Kelantan menyatukan sukarelawan belia dalam menyiapkan resepi bubur asyura
yang istimewa.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir dengan upacara penutup pada pukul 5 petang.Bagi Awang,Awang tak dapat melupakan kenangan manis semasa sama-sama terlibat dalam program bermula dari awal penyediaan sehingga siapnya Asyura.Ini kerana,dalam program ini Awang dapat melihat kerjasama berpasukan dalam menyiapkan Asyura.Manakala dengan sedikit provokasi serta coloteh peserta program membuatkan Majlis Kucha Asyura Perdana yang julung kalinya bertambah meriah dengan sorakan dan ejekkan peserta program.
No comments:
Post a Comment