1. Suami yang matang - Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan
rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami
perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta
pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap
sesuatu perkara.
2. Pandai Memasak - Suami adalah penjaga
kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya
tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih
menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu
mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
3. Suami yang mampu urus diri sendiri - Tahu menguruskan diri sendiri.
Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok
baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu
semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan
comel dan romantik di mata si isteri.
4. Mempunyai prinsip dan
pendirian - Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan
mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.
Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata
isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan
kepada masalah anda.
5. Menjaga anak-anak bersama isteri -
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh
ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya
menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi
jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan
menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak.
Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam
ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
6. Jadilah suami serba tahu - Suami yang serba boleh dengan erti kata
mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila
suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari
selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya.
Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi
mertua.
Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
3. Suami yang mampu urus diri sendiri - Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri.
4. Mempunyai prinsip dan pendirian - Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
5. Menjaga anak-anak bersama isteri - Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
6. Jadilah suami serba tahu - Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
No comments:
Post a Comment