Saturday, 6 October 2012

Risiko Tidak Cukup Tidur

Jika Anda Tidak Cukup Tidur

1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.



3. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.

4. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.


5. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.


6. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.


7. Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua.


8. Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.


9. Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.


10. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.

No comments:

Post a Comment