Saturday, 4 August 2012

UJIAN RAMADHAN 1433 HIJRAH...

Wan Farah Alia binti Wan Mohd Fairus semasa Majlis Potong Jambul.


Ramadhan pada tahun ini cukup menguji ketabahan Awang sekeluarga.Mana tidaknya,anak saudara baru Awang iaitu Wan Farah Alia Binti Wan Mohd Fairus yang baru berusia 7 Bulan di jangkiti Kuman pada paru - paru.Perasaan bapa saudara mana yang tidak terkejut apatah kedua-dua ibubapanya.

Pada mulanya,anak saudara Awang mengalami deman biasa saja.Setelah di bawa ke Klinik berbayar sebanyak 2 kali,kesihatannya tetap tidak berubah menyebabkan adik Awang membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Setelah menjalani rawatan,akhirnya anak saudara Awang ditahan untuk pemeriksaan lanjut setelah Doktor mendapati simton-simtom jangkitan kuman pada paru-paru anak saudara Awang.

Doa Awang kepada Anak Saudara Awang:-

Kenangan Isteri Awang bersama anak saudara baru Awang.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku Maha Berkat Nama Engkau.

Maka tidak boleh menyebut nama Engkau dengan sedikit melainkan menyebut sebanyak-banyaknya.

Tidaklah kebaikan menjadi kurang melainkan Allah SWT menambahkan kebaikan itu dan memberi keberkatan padanya (dengan senantiasa menyebut namaNya).

Dan tidaklah menimpa penyakit melainkan Allah SWT menghilangkannya.

Dan tidaklah Syaitan itu datang melainkan Allah SWT menolaknya dengan menghalau lagi dijauhkannya.

Barangsiapa meminta perlindungan denganNya, nescaya dia telah berlindung kepada pegangan yang kuat.

Dan barangsiapa berpegang dengan Allah SWT, nescaya diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

Seindah-indah pemberian di dalam hatiku adalah (hatiku) mengharap kepada Engkau.

Dan yang paling menyukai sebanyak-banyak masa kepadaku adalah satu masa yang mana aku dapat menemui Engkau.

Dan yang paling enak suatu kalam itu ke atas lisanku adalah berdoa kepada Engkau.
Engkaulah Yang Maha Penyembuh.

Tidaklah penyembuhan itu (berlaku) melainkan penyembuhan daripada Engkau.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)
[Al-Israk:82]
Apa yang Awang harapkan agar anak saudara Awang cepat - cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan sebagaimana kanak - kanak yang sebaya dengannya.Insya'Allah!!!

No comments:

Post a Comment