Terima Kasih Ibu...
Itulah ungkapan yang boleh Awang ungkapkan kepada Arwah Ibu Awang yang genap Sebelas Tahun pemergiannya pada hari ini.Terima Kasih kerana mengandungkan,melahirkan,membesarkan dan mendidik Awang sehingga Awang mampu berdiri di atas kaki sendiri(Berdikari).
Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Maha Pencipta kerana melahirkan Awang daripada perut Ibu Awang yang bernama Hasnah Binti Awang.
Ibu Awang telahpun menyambut panggilan Ilahi pada 17 Jun 2001 pada
pukul 10.55 malam.Ibu Awang meninggal dunia setelah 4 tahun bertarung nyawa
dengan penyakit Barah Rahim.Ibu
pergi meninggalkan kami 10 Beradik tanpa sempat melihat kejayaan
anak-anakmu pada hari ini.Hanya sedekah Al-fatihah,bacaan Yassin dan Doa
sajalah yang mampu Awang dan adik beradik Awang panjatkan ke atas Arwah Ibu Awang! Semoga Arwah Ibu Awang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiMu Ya Allah!!!Amin!!!
No comments:
Post a Comment