Wednesday 17 October 2012

Tanda-Tanda Awal Kanser



1. Sakit perut atau senak perut. - Tanda-tanda awal kanser kolon
ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pancreas.

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika itu limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. Sesungguhnya sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda. Mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah ‘ultrasound’


4. “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baharu makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu. Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda.


5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif, bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.


4. Jaundis /Demam Kuning. - Barah pankreas, satu lagi salah satu “pembunuh senyap,” sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis.


5. Sesak nafas - Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.


6. Batuk yang kronik atau sakit dada - Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang menyerupai batuk atau bronkitis yang teruk. Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.
 

No comments:

Post a Comment