Friday 19 October 2012

Khasiat Jus Nanas


   
1. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang
tinggi.

2. Untuk Keremajaan Kulit Wajah - Enzim yang terdapat pada nenas dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati. Anda hanya perlu kisar buah nenas dan tapis untuk mendapatkan jusnya. Tambah sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Minum selalu.

No comments:

Post a Comment