Pengalaman mencari Orang Misteri Gegar merupakan satu
pengalaman yang tak dapat dilupakan di dalam diari hidupku.Mana tidaknya,aku
terpaksa mengetepikan perasaan Maluku demi Hadiah Lumayan yang ditawarkan.Permainan
ini diadakan sekitar negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti di
negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang.Hadiah pada hari ini yang merupakan hari
terakhir sebelum orang misteri gegar pulang ke planet Marikh mencecah Rm
4,000.Erm,bertuahlah mereka yang dapat menjejaki orang misteri gegar itu.
Sebenarnya,tidak terdetik dihatiku untuk memburu orang misteri
gegar tetapi apabila aku melihat kesungguhan adik – adikku menjejaki orang
misteri gegar membuatkan akupun turut berminat untuk menjejaki Orang Misteri
Gegar.Permainan ini samalah dengan Ditektif Conan tetapi klunya diberi
oleh Orang Misteri Gegar melalui siaran rasminya di radio
THR “Permata Pantai timur”.
Walaupun klu diberi tetapi untuk mencari Orang Misteri Gegar cukup
susah terutamanya di negeriku@Kelantan.Tidak seperti di negeri Terengganu
dan Pahang,hampir keseluruhan hadiah yang ditawar di kedua – dua
negeri ini berjaya dibolot oleh pesertanya.Bagiku,mungkin Bandaraya Kota Bharu
lebih besar dan padat berbanding Bandaraya Kuala Terengganu dan Kuantan.Orang
Misteri Gegar lebih gemar bersembunyi di Bandar utama berbanding daerah-daerah
lain di negeri-negeri Pantai Timur.Mungkin ia lebih mencabar minda peserta demi
hadiah lumayan yang berjumlah
Rm 40,000 yang ditawarkan.
Berbanding dengan pertandingan hari – hari yang lepas di mana Orang
Misteri Gegar akan bersembunyi hanya di satu negeri sahaja.Tetapi pada hari ini
Orang Misteri Gegar akan bersembunyi di ketiga – tiga buah negeri dan yang
paling istimewanya mengunakan klu yang sama. Jika hari biasa,peserta diberi
hanya beberapa jam sahaja dengan 3 klu sahaja tetapi pada hari ini klunya
mencecah 20 dan masa mencari Orang Misteri Gegar bermula pukul 9 pagi
hingga 6.30 petang.Antara klu yang diberikan:-
1.Selekoh
2.Lampu Isyarat
3.Tempat Duduk
4.Tempat Tumpuan Orang Ramai
5.Meja
6.Pengawal Keselamatan
7.Adik Beradik
8.Keluarga
9.Medan Selera
10.Kasut
11.Tepi Jalan
12.Jam
13.Kulit Sawa Matang
14.Stokin Kuning
15.Mesim ATM
16.Tangga Eskolator
17.Trolli
18.Parking
19.Cermin
20.Casher
Erm,bikin berpeluh satu badan aku dibuatnya mencari Orang Misteri
Gegar.Pencarian di Terengganu berakhir pada pukul 1 Petang dengan
Wanita menjumpainya.Manakala di Pahang dalam pukul 3 petang dan
di negeriku Kelantan pada pukul 4.30 Petang.
Orang Misteri gegar
menjadikan
KB Mall sebagai tempat persembunyiannya.
Sebenarnya,dah beberapa kali aku mencarinya di sekitar KB Mall pada
hari ini dan hampir 80% pengungjung aku tanya dengan kata kunci”Adakah
Anda Orang Misteri Gegar?”Tetapi apakan daya Rezeki tiada.Dan yang paling
aku terkedu bila Orang Misteri Gegar Berjaya dijumpai di depan mataku oleh
orang lain.Jika nak diikutkan,tempat Orang Misteri Gegar dijumpai telah aku lalui
beberapa kali tetapi kelibatnya tidak pula aku lihat.Mungkin itu taktik Orang
Misteri Gegar yang sememangnya ingin mencabar minda peserta yang cuba
mencarinyakan?Erm,rupa Orang Misteri Gegar persis Aaron
Azizpun ada.Nak
Sign Abe Aaron Aziz!!!
Walaupun penat aku mencarinya tetapi kepuasan tergambar pada
wajahku dan adik – adikku keran permainan ini cukup mencabar minda dalam
mencari Orang Misteri Gegar.Aku,adik – adikku dan berpuluh-puluh lagi peserta
yang menyertai pencarian Orang Misteri Gegar ibarat “Spy” dengan earphone
di telinga sambil mata mencari target.Jikalau ada peragut pada hari ini,comfirm
depa terpaksa melupakan hasrat meragut hari itu kerana Spy ada di mana – mana
di sekitar bandaraya Kota Bharu.Hehehe…
No comments:
Post a Comment