Saturday, 31 March 2012

Sayonara buat En.Khai...

Tanggal 16 Mac 2011 masih segar di dalam ingatanku di mana hari inilah aku mula menjawat jawatan Pembantu Belia dan Sukan S17 ( Kontrak) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,Kompleks Belia dan Sukan Panji.Dan hari inilah juga aku mengenali My Big Bos iaitu En.Khairan Azhar.


 Pertama kali bersua dengan My Big Boss sudah dapat aku rasakan dia seorang yang baik kerana sepanjang hari pertama aku berkerja di Jabatan ini,aku banyak menerima tunjuk ajar dan teguran daripadanya dan yang paling aku terharu bila kesilapan yang aku lakukan tidak pernah sesekali dia menaikkan suaranya sehinggalah hari terakhir beliau berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada hari ini 31 Mac 2012..Bermula 1 April 2012,En.Khai akan dinaikkan pangkat dan akan bertugas di Politeknik Balik Pulau,Pulau Pinang sebagai Pegawai Sukan (S41).


Impianku serta penyelia – Penyelia Kelantan untuk menghadiri Majlis Perpisahan En.Khairan Azhar yang diadakan oleh Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Hotel Riverview,Kota Bharu,Kelantan tidak kesampaian kerana kami tidak tersenarai di dalam dif-dif jemputan yang dijemput.Walau apapun,kami menerimanya seadanya kerana kami tidak sepenting mana sebagaimana Kakitangan Pejabat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan


Kepada En.Khairan Azhar,Taniah diucapkan di atas kenaikkan pangkat En.Khai.Semoga dengan rezeki yang telah En.Khai perolehi hari ini tidak menjadikan En.Khairan seorang yang Sombong dan angkuh atas di atas pemberianNYA!!!Ingatlah wahai En.Khai bahawa kami amat bertuah sepanjang berada di bawah payung En.Khai sebagai Boss kami dan segala silap dan salah kami selama ini terhadap En.Khai,kami susun sepuluh jari untuk memohon maaf daripada En.Khai.”0 – 0 deh!!!”


Semoga dengan rezeki En.Khai yang semakin bertambah ruah,begitulah juga dengan jodoh En.khai.Jika dah sampai seru tu,cepat-cepatlah kahwin!Rugi lambat – lambat kahwin En.Khai!!!Hehehe…


Sebelum melabuhkan noktah terakhir,terimalah pantun ini buat En.Khairan Azhar…

Pisang emas Dibawa belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Dibayar,
Hutang Budi Di Bawa Mati.

Berehat Sebentar Bersama...




No comments:

Post a Comment