Saturday, 12 May 2012

UNTUKMU IBU TERSAYANG

 

Exist (Rahim Othman / Megat)

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

Sumbangan aLiZa


Ibu,Engkaulah Ratu Hatiku.Itulah ungkapan yang boleh aku lafazkan kepadamu Ibu yang telah mengandungkan,membesarkan dan mendidik aku sehingga aku mampu berdiri di atas kakiku sendiri.Kepada Mu ibu aku sedekahkan bacaan Yasin serta doa mewangi daripada Anak Mu ini.Semoga arwah Ibu berada dalam keadaan aman dan damai di alam BarzahMu sebelum menuju Hari Akhirak kelak dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisiMu YA ALLAH.InsyaAllah...

Kepada mereka yang masih lagi mempunyai ibu,hargailah mereka seadanya sebelum mereka kembali kepada Penciptanya,Allah S.W.T.Ingatlah bahawa setiap hari adalah hari IBU...


No comments:

Post a Comment