Wednesday, 16 May 2012

JASA GURU


JASA CIKGU…….



 (Gambar KenanganKu semasa di Tingkatan 6 Atas Tekun SMK.Kota Bharu bersama guru kelas YM.Tg Adnan)


Erm,besarnya pengorbanan seorang cikgu boleh diibaratkan  sebagai "lilin membakar diri demi menerangi kehidupan anak bangsamu".Tetapi apakah bila seseorang itu berjaya akan ingat akan jasa – jasa yang telah seorang cikgu itu curahkan???Ada tapi tidak semuakan?Bila berjumpa dengan cikgu yang pernah mengajar kita,ada yang cuba mengelakkan diri.Kenapa tu?Yang paling sedih pabila ada yang buat – buat tidak kenal bila berjumpa atau terserempak dengan cikgu yang pernah mendidik kita.



(Ini merupakan Cikgu Hanafi yang mengajar subjek Pendidikan Seni dan Silat Terlak Asli semasa aku di SMK.Putera menamatkan kariernya sebagai Guru Besar di SK.Pulau Kundur yang juga merupakan sekolah rendah Isteriku dahulu)


(Gambar KenanganKu semasa di Tingkatan 4 SMK.Putera bersama guru kelas Pn.Asma)
Memanglah kadang kala seorang cikgu tidak dapat mengecam bekas anak didiknya kerana setiap tahun beratus – ratus orang murid/pelajar yang akan diajarnya.Tetapi tidak bolehkah seseorang bekas anak didiknya mengingati akan cikgunya?Tidak salah untuk kita bertanya kepada seseorang yang mempunyai seiras dengan cikgu kitakan?Tambah – tambah jika sudah berpuluh tahun tak jumpakan?


(Gambar KenanganKu semasa di Tingkatan 5  SMK.Putera bersama Cikgu Nahar Sham)

Jangan ingatkan jika cikgu itu berasal daripada Perak akan menetap di Perak?Mana tahu cikgu itu berkahwin dengan orang tempatan?Begitulah juga terjadi kepada Cikgu kesayangku di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera iaitu Cikgu Nahar Sham yang berasal dari Perak tetapi menetap di Kota Bharu Kelantan setelah berkahwin dengan orang tempatan.Aku selalu berjumpa dengannya setiap kali mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Jalan Sultanah Zainab.Ini kerana Cikgu Nahar menetap di Taman SBJ Pasir Pekan,Tumpat,Kelantan.

 (Ini pula cikgu Kesayangan IsteriKu di SMK.Kota Bharu iaitu Pn.fatiah)

Pada hari ini aku sekali lagi dipertemukan dengan seorang bekas Cikguku iaitu Cikgu Pn.Fatiah. Cikgu Fatihah merupakan antara cikgu Feverotku semasa menuntut di Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.Cikgu Fatiah mengajar subjek Sastera Melayu Moden dan Novel Empangan yang paling aku minati sampai aku digelar "Pengarang Novel Empangan 2".Pada mula aku tidak dapat mengecamnya kerana cikgu yang ku kenal dulu tidak sama yang aku jumpa hari ini.Jika dulu,cikgu cukup cergas kerana usianya yang berada di usia 40-an.Tetapi cikgu Fatiah hari ini semakin dimamah usia setelah 10 tahun aku meninggalkan SMK.Kota Bharu.Tugasnyapun semakin ringan dengan mengajar subjek Bahasa Melayu PMR di Sekolah Agama Naim Nilbanat,Kota Bharu,Kelantan.

Ini pula Cikgu KesayanganKu iaitu Pn.Normah.Pn.Normah sangat rapat dengan aku semasa beliau mengajar di SMK.Kota Bharu dah hingga ke hari ini Pn.Normah masih lagi menabur bakti di SMK.Kota Bharu.Dan kalau engkau orang nak tau aku mengelarkannya "Mak Normah" kerana beliau sangat rapat denganKu.Tambah-tambah semasa aku mengenali beliau,aku baru sahaja kehilangan orang yang paling aku sayangi iaitu arwah ibuku "Hasnah Binti awang".

(KenanganKu bersama Mak Normah di SMK.Kota Bharu)

Sempena Sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei yang juga jatuh pada hari ini,Aku juga tidak ketinggalan ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru buat semua Warga Pendidik Seluruh Malaysia.Semoga semuanya mendapat Petunjuk dan Hidayah daripada Allah S.W.T dalam menjalankan Tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam mendidik anak bangsa sehingga Berjaya".InsyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment