Friday, 16 March 2012

PENYELIA PUSAT SIBER RAKAN MUDA ZON TIMUR


Pengumuman oleh My State Big Boss iaitu  En.Ghazi Bin Ismail dan En.Khairan Bin Azhar bahawa aku sekali lagi dikehendaki mengikuti Taklimat Pengurusan Pusat Siber Rakan Muda Peringkat Zon Timur di Hotel Seri Malaysia Marang Terengganu pada 14 hingga 15 Mac 2012 amat menyeronokkan bagiku.Mana tidaknya,peluang sebegini bukan senang untuk diperolehi dan sepanjang 10 tahun aku berkerja di Kilang Shell Gas @ Heng seng & Co.Kota Bharu,tidak pernah sekalipun aku serta pekerja – pekerja lain mengalami saat indah seperti tempat aku bekerja hari ini.Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan ketentuanNya,aku sekali diberi peluang merasai kemanisan taklimat di luar negeri kelahiranku Kelantan buat kali kedua..Selain menjalani kursus,kami juga ditawarkan percutian yang amat menyeronokkan.Walaupun 2 hari 1 malam saja,ia amat bermakna bagiku kerana pengalaman seperti ini tidak semua orang dapat merasainya.Percuma lagi tau…


Kami bertolak pada 14 Mac 2012 tepat jam 10 pagi dengan My District Big Boss iaitu En.Muhammad Emir fawwaz.Perjalanan mengambil masa selama 5 jam.Kami sampai di hotel penginapan pada jam 3 petang.Setelah sampai di hotel penginapan,kami mendaftarkan diri di kaunter Reception sebelum mengambil kunci bilik masing – masing.Setiap bilik perlu diduduki oleh 3 peserta kursus dan seperti sudah tersurat aku sekali lagi berkongsi bilik sebagaimana di Grand Seasons Hotel,Kuala Lumpur pada tahun lepas dengan Penyelia Tumpat@Masran Bin Mohd dan Penyelia Kubang kerian @ Faizul Bin Muhammad.Setelah kunci diperolehi,kami semua terus beredar ke bilik masing – masing.Bilik 108 menjadi jodoh kami pada hari ini.Memandangakan taklimat pertama kami bermula pada pukul 5 petang,kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan di bilik penginapan sebelum bersiar – siar di sepanjang Sungai Marang.


Taklimat pertama kami bermula pada pukul 5 petang dengan Taklimat Urusetia di Dewan Temala II.Dalam taklimat ini,kami diberi penerangan tentang perjalanan kursus sepanjang 2 hari kami berada di sini oleh En.Mahadir Bin Derahi.Setelah taklimat urusetia selesai,kami diminta mencadangkan dan menghantar wakil setiap negeri untuk proses undian perlantikkan ketua@penghulu,timbalan penghulu dan setiausaha.Alangkah terkejutnya bila nama ku dicalonkan oleh Penyelia Ketereh@Hasram bin Ismail.Manakala,Pahang diwakili oleh Shahrom Hassan dan Terengganu diwakili oleh Mohd Sufian.Dalam pemilihan ketua@Penghulu,aku sekali lagi terkejut Ape bila aku mengungguli carta undian Penyelia Paling Popular Zon Timur sekali gus menggondol jawatan Penghulu.Jawatan Timbalan Penghulu disandang oleh Penyelia Pahang @ Shahrom Hassan manakala Setiasausaha pula oleh Penyelia Terengganu@Mohd Sufian.Tugas pertama kami adalah melantik anak buah masing – masing untuk menjadi MC@Master of Caremonies untuk setiap acara yang berlangsung.Perbincangan berjalan lancar dengan kerjasama yang baik daripada semua penyelia yang terlibat dengan kursus ini dan tamat pada pukul 6.30 petang.Pada pukul 7 malam pula,kami menikmati makan malam di Anjung Seri Hotel Seri Malaysia sebelum menyiapkan diri untuk taklimat kedua kami pada malam ini.


Setelah aku memastikan semua penyelia memasuki Dewan Temala II,akhirnya taklimat kedua dijalankan.Taklimat kedua kami bermula pada pukul 8.00 malam dengan kehadiran En.Sabran Bin Abd.Bahar selaku Pengarah Cawangan Gaya Hidup,Bahagian Pembangunan Rakan Muda,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Beliau menjadi penceramah dalam Taklimat Pengurusan Operasi,Isu dan Hala Tuju Pusat Siber Rakan Muda.Dalam taklimat ini,kami diberi penerangan tentang tugas kami sebenar.Walaupun kami sudah mengetahuinya tetapi ia ibarat ulangkaji untuk kami semua.Taklimat berakhir pada pukul 10.30 malam dengan minum malam dan Z..z..z di bilik masing-masing.


Pada keesokkan,acara kami bermula dengan Sarapan Pagi pada pukul 7.30 pagi sebelum memasuki Dewan Temala II pada jam 8.30 pagi untuk Taklimat Latihan ICT di Pusat Siber oleh Cik Norzi Suhaiza , Wakil Bahagian Pengurusan maklumat,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Dalam taklimat ini,kami diajar bagaimana untuk menjalankan tugas kami selain penyelia pusat siber iaitu kami perlu menjalankan tugas sebagai guru dalam bidang terjun iaitu mengajar pengungjung terutamanya remaja tentang bagaimana menggunakan Aplikasi Microsoff,bagaimana membina Blog dan membuat Movie Maker.Taklimat   berakhir pada pukul 10.30 pagi dan kami sekali lagi dihidangkan dengan majlis minum pagi.


Setelah selesai minum pagi,kami memasuki kembali Dewan Temela II untuk taklimat ketiga kami iaitu Taklimat Pengurusan Pengisian Aktiviti Di Pusat Siber.Penceramah ketiga kami ialah En.Nor Faizal,Wakil Bahagian Promosi Rakan Muda,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Dalam taklimat,kami diajar bagaimana untuk mempromosi Pusat Siber Rakan Muda kami untuk menjadi Popular dikalangan penduduk setempat terutamanya remaja.Pusat Siber juga digalakkan juga untuk menjadi pusat sehenti setempat @ “One Stop Center”.


Berakhirnya taklimat terakhir kami maka berakhirlah juga kursus serta percutian kami di sini.Akhirnya,Taklimat Pengurusan Pusat Siber Zon Timur 2012 melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutup oleh En.Sabran bin Abd.Bahar.Dalam majlis ini,wakil Penyelia Pahang @ Shahrul Hassan dilantik menjadi MC.Aku pula mencatat sejarah tersendiri dalam Diari Hidupku apabila diberikan tanggungjawab untuk memberikan ucapkan sepatah dua kata sebagai ketua@Tok Ngulu kepada penyelia-penyelia Pusat Siber Zon Timur.Wakil Penyelia Terengganu pula@ Mohd Sufian dilantik untuk mengaminkan Doa Penutup.Majlis Penyampaian Sijil,Cenderamata dan Majlis Photography mengakhiri majlis ini sebelum kami meninggalkan Dewan Temela II untuk packing beg pakaian dan menjamu selera buat kali terakhir sebelum berangkat pulang.


Setelah 2 hari 1 malam kami berada di sini,akhirnya kami terpaksa mengucapkan “Sayonarai” buat Hotel Seri Malaysia Marang Terengganu.Semoga ia menjadi “Kenangan Terindah” buat semua penyelia – penyelia Zon Timur yang terdiri daripada Penyelia – penyelia Terengganu ,Pahang dan Kelantan.

No comments:

Post a Comment