Tanggal 15 Mac 2012 lalu merupakan tarikh paling bermakna buat my Best Frenzku Farouk Ali Bin O.M.Zakaria.a.k.a Yoep Black Raven.Mana tidak pentingnya kerana tarik itu merupakan Ulangtahun Perkahwinannya yang ke-5.Erm,dalam tidak sedar sudah 5 tahun engkau berkahwin yoep. Dan hasil usaha gigihnya tanpa mengenal erti lelah maka engkau dikurniakan 2 Little Girl yang bernama Nur Airieyn Erieysha 4 Tahun 3 Bulan dan Nur Ain Umairah yang akan genap Setahun pada bulan hadapan.Taniah Yoep kawe ucapkan buat Demo.
Mengenangkan tanggal 9 Mac 2007 amat menyedihkan bagiku kerana impian untuk melihat my best frenz since dalam kandungan ibu – ibu kami mengangkat Nikah tidak kesampaian kerana masalah teknikal yang sememangnya tidak mengizinkanku berada dalam majlis tersebut.Walaupun perit tetapi terpaksa ku telan demi kelancaran Majlis Akad Nikah Yoep.
Walaupun pada 10 Mac 2007 aku nekad memboikot majlis Raja Sehari Yoep tetapi atas Dasar Persahabatan yang telah lama kita bina,akhirnya aku melupakan kenangan pahit yang terpaksa aku tempuhi semalam demi Persahabatan dan Hari Bahagia Yoep.
Memandangkan aku meminati bidang Fotografi yang sememangnya dapat merakamkan kenangan kita yang amat berharga dan tidak mungkin di Flash Back kembali,maka aku sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membeli filem untuk merakamkan kenangan Hari Bahagia Yoep serta mencucinya.Masa itu aku tidak mempunyai Kamera Digital lagi.Sekarangpun tiada juga kecuali Kamera Telefon.Hehehe…..
Setelah 5 tahun berlalu,kenangan pahit itu masih dapat aku rasakan.Walau bagaimanapun aku tidak menyalahkan mana – mana pihak kerana bagiku itu semua sudah ketentuaNYA dan aku sebagai manusia yang kerdil kenalah menerimanya seadanya demi kebaikkan semua pihak.
Kepada My Best frenz Yoep,Taniah diucapkan di atas Kebahagian yang sedang engkau nikmati sekarang.Jagailah Kebahagiaanmu dengan sebaik mungkin semoga ia berkekalan sehingga ke hujung nyawa sebagaimana telah”Attar”demo dengan “Ma” demo buktikan.Insya’ALLAH!!!
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
No comments:
Post a Comment