Tuesday, 12 June 2012

JOM GI NGAIL UDANG GALAH DI LEMBAH SIREH PADA 16 JUN 2012 NANTI



Dengan penganjuran Pertandingan Memancing Udang Galah yang akan dianjurkan oleh MajikanKu iaitu JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN di Persisiran Sungai Kelantan,


Dataran Lembah Sireh (TESCO) pada16 JUN 2012 ibarat "Sireh Pulang Ke Ganggang".Mana tidaknya,sudah hampir 10 Tahun Awang tidak memancing di Sungai Kelantan yang merupakan Sungai di mana Awang dan kawan-kawan Awang selalu mandi-manda.



 Dan jikalau hendak tahu,di tapak asal TESCOlah merupakan tempat di mana Awang dan kawan-kawan selalu mencari "ETOK" yang merupakan antara Makanan Popular Penduduk Negeri Kelantan.



Tak lupa tempat di mana awang membeli Timun Cina dengan harga yang murah iaitu Samah @ 0.50 sen sebiji.



Kehadiran awang pada hari sabtu ini bukan sebagai peserta tetapi sebagai Urusetia Pertandingan saja.Jadi,Jom Ghamai-ghamai Kita Gi Ngail Semua!!!



Jom kita pakat gi igat "RAJA UDANG GALAH" dan berpeluang memenangi Hadiah Utama RM 1,000,Hamper dan Set memancing Udang Galah bagi Cabutan Bertuah.JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI SEMUA...






No comments:

Post a Comment